Page 37 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 37

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kemahiran murid melorek Set.
          Seramai 20 orang murid Tingkatan 4J terlibat dalam kajian ini. Hasil tinjauan awal
          melalui analisis dapatan soal selidik dan ujian pra mendapati faktor daya ingatan,
          minat belajar dan suasana pembelajaran merupakan aspek-aspek pembolehubah
          tingkah laku yang menyumbang kepada penguasaan kemahiran melorek Set yang
          lemah dalam kalangan pelajar. Pengkaji telah mengenalpasti masalah utama yang
          dihadapi  iaitu  murid  keliru  dengan  bahagian  yang  perlu  dilorekkan  dalam  Set.
          Maka,  kajian  ini   berfokus  kepada  penguasaan  kemahiran  murid  melorek  Set
          dengan  menggunakan  intervensi  yang  dinamakan  sebagai  Teknik  “Tick-Talk”.
          Teknik ini dibahagi kepada 2 peringkat. Dalam Teknik “Tick–Talk”, ‘Tick’ bermakna
          menandakan  √  dalam  proses  menjawab  soalan  Set  manakala  ‘Talk’  ialah
          penerangan  proses  menandakan  √.  Perbandingan  antara  keputusan  ujian  pra
          dengan  ujian  pasca  menunjukkan  peningkatan  prestasi  murid.  Murid  juga  dapat
          menjawab kepelbagaian bentuk soalan Set dengan betul. Selain itu, hasil analisis
          dapatan  temu  bual  dengan  murid  dan  pemerhatian  yang  dijalankan  sepanjang
          proses  pelaksanaan  teknik  menunjukkan  bahawa  intervensi  ini  telah  memberi
          impak yang positif terhadap perubahan tingkah laku murid khususnya dalam aspek
          minat belajar dalam kalangan murid tersebut. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian
          telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid terhadap kemahiran melorek
          Set telah meningkat dan sekaligus mencapai objektif kajian yang telah disasarkan.
          Kata kunci: melorek set, tick, Matematik

          OP08

             TAHAP PENGGUNAAN JURNAL PEMBELAJARAN SECARA APLIKASI
          MUDAH ALIH  DALAM PENGAJARAN SAINS DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

                                  PAJUZI AWANG, PhD
                      Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                             Kuala Nerus, 21030, Terengganu
                                  pajuzi@ipgm.edu.my

          Pendidikan  di  abad  ke  21  memerlukan  pensyarah  dan  pelajar  memiliki  pelbagai
          kemahiran untuk menyesuaikan diri bagi mendepani masalah dan cabaran dalam
          era globalisasi termasuk kemahiran ICT. Kemajuan pesat teknologi aplikasi mudah
          alih dan aplikasi web pada hari ini telah memberi peluang kepada pendidik untuk
          menambah  baik kaedah pengajaran  selaras  dengan  hasrat  Pelan  Pembangunan
          Pendidikan  Malaysia  (2013-2025).  Penggunaan  jurnal  pembelajaran  secara
          aplikasi  mudah  alih  masih  baharu  dalam  sistem  pendidikan  guru  di  Malaysia.
          Justeru  itu  kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  potensi  penggunaan  jurnal
          pembelajaran  secara  aplikasi  mudah  alih  (mobile  app)  dalam  pengajaran  Sains
          kepada  guru  pra  perkhidmatan  di  Institut  Pendidikan  Guru  Kampus  Dato’  Razali
          Ismail.  Pembangunan  platform  jurnal  pembelajaran  adalah  secara  intergrasi
          kemudahan  aplikasi  web  2.0  yang  telah  sedia  ada.  Pemilihan  sampel  kajian
          menggunakan  teknik  persampelan  bertujuan  dan  melibatkan  40  orang  pelajar
          PISMP  Sains  Ambilan  Jun  2017  IPG  Kampus  Dato’  Razali  Ismail.  Analisis
          dilakukan secara statistik deskriptif dan hasil kajian mendapati peserta kajian telah
          menyatakan  kepuasan  dan  motivasi  yang  tinggi  terhadap  penggunaan  aplikasi
          jurnal  pembelajaran  secara  aplikasi  mudah  alih  dalam  meningkatkan  motivasi
          pembelajaran  dan  interaksi  sosial  dalam  pengajaran  sains.  Keseluruhannya,
          keputusan telah menunjukkan bahawa jurnal pembelajaran menggunakan platform
                                                                          33
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42