Page 40 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 40

OP12

           TINJAUATAN AWAL PERKAKASAN TEKNOLOGI DALAM PELAKSANAAN
               HOME-BASED LEARNING BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH:
                                 RETROSPEKTIF GURU

                                           1
           AINI AFIQAH BINTI MOHAMED NASIR ; MOHD NAZRI BIN ABDUL RAHMAN,
                                            2
                                         PhD
                                    Universiti Malaya
                           Fakulti Pendidikan 50603 Kuala Lumpur.
                     1                     2
                     ainiafiqahmn@gmail.com,  mohdnazri_ar@um.edu.my

          Teknologi bukan sesuatu yang asing dalam dunia pendidikan. Malah, penggunaan
          teknologi telah memberikan impak yang nyata dalam membantu proses pengajaran
          dan pembelajaran. Pandemik COVID-19 yang menular telah menukarkan kaedah
          pendidikan kepada atas talian melalui pendekatan home-based learning. Kajian ini
          dijalankan  bertujuan  bagi  meninjau  perkakasan  teknologi  dalam  perlaksanaan
          home-based  learning  bagi  kanak-kanak  prasekolah.  Kutipan  data  dijalankan
          menggunakan kaedah temu bual yang melibatkan empat orang guru prasekolah di
          daerah  Seremban,  Negeri  Sembilan.  Dapatan  kajian  mendapati  bahawa
          perkakasan  teknologi  merupakan  medium  utama  yang  terbaik  bagi  membantu
          kelancaran  proses  perlaksanaan  home-based  learning.  Selain  itu,  dapatan  juga
          menunjukkan bahawa guru menggunakan aplikasi teknologi yang pelbagai dalam
          melaksanakan  home-based  learning  bersama  kanak-kanak  prasekolah.  Impak
          kajian  menunjukkan  bahawa  guru  perlu  mempunyai  kreativiti,  fleksibiliti  serta
          kemahiran  menggunakan  aplikasi  teknologi  dalam  usaha  melaksanakan  home-
          based  learning  khususnya  kepada  kanak-kanak  Prasekolah.  Kajian  ini
          mencadangkan supaya lebih banyak pendedahan diberikan kepada guru berkaitan
          aplikasi teknologi dalam melaksanakan home-based learning.
          Kata kunci: pendidikan awal kanak-kanak, perkakasan teknologi, home-based
                    learning, prasekolah, covid-19.

          OP13

           MENGATASI KEKELIRUAN PENYARINGAN IDEA PERLAKSANAAN KERJA
           PROJEK RBT TINGKATAN TIGA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TRIZ

                                                                  2
                                              1
                   MUHAMAD TAUFIQ BIN YAHYA ; BAITY  BUJENG, PhD
                                    2
                1 SMK Kidurong, Bintulu;   Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
            1 Peti Surat 2078, 97011 Bintulu, Sarawak; Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
                                                   2
               1 177-21-muhamad@epembelajaran.edu.my,  baitybujeng@yahoo.com

          Teoriya  Resheniya  Izobreatatelskikh  Zadatch  (TRIZ)  atau  Teori  Penyelesaian
          Masalah  secara  Inventif,  merupakan  kaedah  penyelesaian  masalah  yang  dapat
          menambah  baik  daya  berfikir  dan  terbukti  telah  memberi  kesan  yang  signifikan
          kepada  dunia  inovasi  dan  reka  cipta.  Pendekatan  TRIZ   merupakan  komponen
          penting  yang  perlu  diterapkan  dalam  pembelajaran  kemahiran  abad  ke-21
          terutamanya kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis. Modul Asas
          TRIZ dibangunkan untuk kegunaan guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
          (PdPc) topik Penghasilan Produk bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
                                                                          36
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45