Page 36 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 36

telekomunikasi  dituntut  untuk  memastikan  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran
          atas talian mengikut norma baharu ini dilaksanakan dengan lebih baik.
          Kata kunci: persepsi, siswa guru, pembelajaran atas talian

          OP06

          KAEDAH KLINIKAL UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR PENAN
                      TERHADAP KURSUS GSA 1072 STATISTIK ASAS

                             NARAWI BIN ABU BAKAR, PhD
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak
                                narawi.abubakar@ipgm.edu

          Kursus GSA1072 Statistik Asas, adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap
          pelajar  Pra  Program  Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan  (PPISMP).  Hasil
          pembelajaran kursus telah menggariskan mereka perlu menjelaskan kepentingan
          statistik,  membuat  interprestasi  data,  sukatan  kecenderungan  memusat  dan
          serakan,  mengaplikasikan  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (TMK)  dalam
          pengendalian  data  dan  ukuran  berangka  serta  menganalisis  taburan  normal
          sebagai  model  penyelesaian  masalah.  Tidak  semua  pelajar  belajar  matematik
          tambahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ini menimbulkan isu dalam
          kalangan  pelajar  PPISMP  BM2  yang  saya  ajar.  Banyak  usaha  dilakukan  bagi
          merapatkan  jurang  penguasaan  kursus  ini.  Objektif  kajian  tindakan  ini  ialah
          memastikan  keberkesanan  klinikal  meningkatkan  kefahaman  terhadap  kursus
          GSA1072  Statistik  Asas  dan  membantu  pelajar  penan  mempelajari  kemahiran
          pengiraan  statistik  asas.  Lima  siri  klinikal  telah  dijalankan.  Bersemuka  sebanyak
          dua kali dan secara maya tiga kali. Empat kitaran dalam kajian tindakan digunakan
          sesuai kerana ingin memperbaiki amalan pengajaran yang melibatkan lima orang
          pelajar  penan.  Proses  memerhati,  merefleksi,  merancang  dan  melaksanakan
          tindakan dijalankan sepenuhnya seperti model kajian tindakan Model Lewin (1946).
          Dapatan  mendapati  penguasaan  peserta  semakin  baik  dan  meningkat.  Kaedah
          menulis  jalan  pengiraan  semakin  baik  dan  jelas.  Cadangan  kajian  tindakan
          seterusnya  adalah  berkaitan  isu  kesediaan  pelajar  penan  ini  meneruskan
          pembelajaran  diperingkat  Program  Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan  (PISMP).
          Kajian perlu dijalankan memandangkan pembelajaran dalam norma terkini sangat
          mencabar  guru  dan  pelajar  dalam  menguasi  alat  ICT  sebagai  penghubung
          pembelajaran maya.
          Kata kunci: Klinikal, Statistik Asas, PPISMP, PISMP,

          OP07

             TEKNIK "TICK-TALK" : MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN MURID
            MELOREK SET DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 4

                                      NG MEE KIEN
                                      SMK Beluran
                             Peti Surat 30, 90107 Beluran, Sabah.
                                  ngmk30@yahoo.com


                                                                          32
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41