Page 33 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 33
Abstrak Pembentangan Penyelidikan / Akademik
e-Seminar Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan 2021
(e-SPeDIP2021) Peringkat Kebangsaan
OP: Pembentangan Online
OP01
KAEDAH INOVASI TULIS TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM
PENULISAN SURAT RASMI DI KALANGAN PELAJAR SIJIL KEMAHIRAN
MALAYSIA (SKM) DI KOLEJ VOKASIONAL: SUATU KAJIAN KES
2
1
3
ERNAWATY HUDONG , ERAWATI HUDONG , ROSNAH NENGSI HUDONG
1 2 3
Kolej Vokasional Keningau Sabah, SK Alam Megah Dua Selangor, SK Pusat
Lawas Sarawak
1 Kolej Vokasional Keningau, Beg Berkunci No. 4, 89000 Keningau, Sabah
1 2 3
puanernawaty@gmail.com, erakroll@gmail.com, miziera1013@gmail.com
Kajian ini dilakukan untuk melihat keberkesanan kaedah Inovasi TULIS dalam
pencapaian pelajar untuk Penulisan Surat Rasmi. Kajian ini menggunakan kaedah
temuduga berstruktur, semakan dokumen dan penulisan jurnal oleh responden
dalam kajian. Selain itu, kajian ini juga menggunakan ujian pra dan ujian pos untuk
mendapatkan skor pelajar. Kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) tingkatan 4 yang bakal mengambil mata pelajaran
Bahasa Melayu SPM di Kolej Vokasional A tahun hadapan. Kajian penyelidikan ini
hanya menumpukan kepada pengaruh kaedah pembelajaran Inovasi TULIS dalam
pencapaian pelajar untuk Penulisan Surat Rasmi. Seramai 16 orang pelajar
merupakan peserta sukarela untuk kajian ini. Hasil dapatan kajian, pengaruh
kaedah pembelajaran Inovasi TULIS dalam pencapaian pelajar untuk Penulisan
Surat Rasmi adalah positif. Perbezaan skor antara dua kumpulan dalam ujian pra
dan ujian pasca diuji dengan menggunakan min mudah. Daripada 16 orang
pelajar yang diuji, dapatan kajian menunjukkan bahawa ada peningkatan terhadap
min skor ujian pra iaitu 13.75% semasa ujian pra kepada 66.38% untuk ujian
pos. Selain itu, respon yang diberikan oleh pelajar adalah baik. Dimana, kesemua
enam belas pelajar memberi respon dan pandangan yang positif semasa di
temuduga. Begitu juga dalam penulisan refleksi mereka. Mereka juga bersetuju
bahawa kaedah Inovasi TULIS dapat menjimatkan masa, mudah dikendalikan dan
meningkatkan pencapaian pelajar terutamanya dalam tajuk Penulisan Surat Rasmi.
Kata kunci: Kaedah Inovasi TULIS, Penulisan Surat Rasmi, Guru, Pelajar
OP02
APLIKASI TELEGRAM: SATU KAEDAH PENYIMPANAN DATA DAN GAMBAR
PELAPORAN BAGI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
JESSY JA ANAK KILLAU
Kolej Vokasional Miri
Lorong 10, Jalan Jee Foh, Krokop, 98000 Miri, Sarawak
g-52297080@moe-dl.edu.my
29