Page 42 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 42

tunjang  kepada  pemahaman  ujaran  atau  bahasa  tersebut.  Ini  membawa  makna
          bahawa pragmatik mengkaji atau meneliti maksud ujaran seseorang. Dalam masa
          yang sama ia menilai ekspresi, tahap sosial, laras bahasa dan beberapa aspek lain
          yang menjadi faktor praktikaliti sesuatu kata atau ujaran yang digunakan mengikut
          situasi,  masa,  tempat  dan  sebab  kata-kata  itu  dipilih  untuk  menyampaikan
          kehendak  atau  niat  hati  sama  ada  bertulis  atau  lisan.  Sehubungan  itu,  pengkaji
          yakin bidang pragmatik sesuai dimasukkan dalam silibus Bahasa Iban di sekolah.
          Kata kunci: Bahagian, pragmatik, Bahasa Iban, praktikaliti, silibus.

          OP15

              HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK
           GEOGRAFI MENENGAH RENDAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
                                SAINT COLUMBA (M) MIRI

                                                       2
                               1
                                                                      3
                ONG SZE CHONG , SUBAH ANAK NYARENG , PAU KEK MING
                                                                     3
           1, 2 SMK Saint Columba, Jalan Dato’ Abang Indeh, 98000, Miri, Sarawak;  SJK(C)
                   Chung Hua Miri, Jalan Chia Tze Chin, 98000, Miri, Sarawak
          1                   2                       3
           szechong@yahoo.com,  subahnyareng@gmail.com,  subahnyareng@gmail.com

          Kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  hubungan  kecerdasan  emosi  dan  pencapaian
          akademik  Geografi  murid  tingkatan  1,  tingkatan  2  dan  tingkatan  3  di  Sekolah
          Menengah  Kebangsaan  Saint  Columba  (M)  Miri.  Seramai 400  orang  murid  yang
          dipilih  secara  rawak  daripada  21  buah  kelas.  Pencapaian  akademik  ialah
          keputusan  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)  mata  pelajaran  Geografi  pada
          pertengahan  tahun  2021.  Reka  bentuk  kajian  ini  merupakan  adaptasi  daripada
          Iventori  Kecerdasan  Emosi  Salovey  dan  Mayer  (1990).  Pengkaji  telah
          menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian.
          Data  kajian  dianalisis  secara  analisis  deskriptif  (frekuensi,  peratus  dan  min).
          Statistik  inferensi  Ujian-t  dan  korelasi  Pearson  telah  digunakan  untuk  menghurai
          dan  menguji  hipotesis  kajian.  Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  profil
          kecerdasan  emosi  murid  yang  tertinggi ialah kecerdasan emosi mengurus  emosi
          sendiri. Skor min tertinggi domain kecerdasan emosi ialah domain mengurus emosi
          sendiri dalam kalangan murid lelaki (M = 30.23) dan murid perempuan (M = 29.86).
          Skor  min  yang  tertinggi  domain  kecerdasan  emosi  bagi  murid  bumiputera
          (M=30.63)  dan  bukan  bumiputera  (29.47)  ialah  mengurus emosi  kendiri.  Analisis
          korelasi  Pearson  menunjukkan  terdapat  hubungan  negatif  yang  signifikan  antara
          kecerdasan emosi murid dengan skor min pencapaian murid dalam Geografi. Nilai
          Ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dari
          segi skor pencapaian Geografi. Analisis Ujian-t ini juga telah membuktikan bahawa
          terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi antara murid Bumiputera dan murid
          bukan  Bumiputera.  Impak  utama  daripada  kajian  ini  ialah  pembinaan  tahap
          kecerdasan  emosi  yang  tinggi  dapat  mengukuhkan  murid  mencapai  kejayaan
          dalam pencapaian akademik Geografi.
          Kata kunci: hubungan, kecerdasan emosi, murid






                                                                          38
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47