Page 75 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 75
1 graceameldausun@gmail.com, magsmks@yahoo.com
2
Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM merupakan satu program yang telah
dibina dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1994 melalui
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 13/1998: Program
Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Program ini merupakan salah
satu usaha yang dilancarkan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan
murid sekolah seawal Tahun 1 sekolah rendah sehinggalah Tingkatan 5 sekolah
menengah. Oleh itu, kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kaedah yang
sesuai dan mudah digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti NILAM
bersama murid Tingkatan Tiga terutamanya pembelajaran atas talian. Seramai tiga
orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu di Tingkatan Tiga telah dipilih sebagai
sasaran kajian. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah temu bual dan analisis
dokumen. Kedua-dua kaedah ini mampu menunjukkan kompetensi guru Bahasa
Melayu Tingkatan Tiga dalam melaksanakan aktiviti NILAM bersama murid di
kalangan Tingkatan Tiga. Maka, soalan temu bual yang digunakan oleh pengkaji
lebih bersifat separa struktur untuk mengenal pasti cara pelaksanaan yang
dilakukan oleh guru bahasa Melayu untuk menarik minat murid Tingkatan Tiga
mengikuti program NILAM serta diserapkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran secara langsung dan tidak langsung
Kata kunci: NILAM, guru, kompetensi, pengajaran dan pembelajaran
VPE05
PENINGKATAN KECEKAPAN MURID TINGKATAN 4 MEMBINA AYAT
MENGGUNAKAN GANDINGAN KAEDAH 5W1H DAN PETA PEMIKIRAN
ABDUL AZIZ BIN SUAIDI
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri Sarawak.
154-21-aziz@epembelajaran.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi
masalah murid yang lemah dalam membina ayat. Antara masalah yang dihadapi
oleh murid ialah kesukaran dalam menghuraikan sesuatu ayat, kekeliruan dalam
menggunakan kata hubung yang sesuai dan cabaran dalam menyusun ayat.
Masalah-masalah yang diutarakan ini diperoleh dalam sesi temu bual bersama
murid. Selain itu, murid juga kelihatan tidak begitu berminat untuk mempelajari hal
berkaitan penulisan kerana mungkin beranggapan bahawa membina ayat
merupakan aktiviti yang sukar. Terdapat dua objektif kajian ini iaitu mengenal pasti
masalah yang murid hadapi apabila membina ayat dan cara meningkatkan
kecekapan mereka menggunakan gabungan kaedah Peta I-Think dan 5W1H. Dua
kaedah ini sangat penting dalam membantu murid untuk berfikir dan ia perlu
diperhalusi. Metodologi kajian ini akan memfokuskan ke arah kajian terhadap
hubungan antara kecekapan murid dengan dua kaedah ini. Dapatan kajian
mendapati bahawa murid sebenarnya berupaya untuk membina ayat secara
tersusun sekiranya mereka tahu kaedah dan teknik yang betul dan terancang. Jadi,
penerokaan terhadap kaedah dan teknik ini dirancang sebaiknya supaya murid
termotivasi dan berminat untuk memahami cara yang berkesan dan seronok dalam
membina ayat. Cadangan penambahbaikan yang boleh juga dilaksanakan ialah
dengan membuat kajian lebih mendalam demi penambahbaikan kajian ini. Kajian
71