Page 76 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 76

ini  seharusnya  diperhalusi  dan  diaplikasikan  juga  secara  meluas  sebagai
          contohnya dalam konteks berkaitan pemahaman.
          Kata kunci: Peta I-Think, 5W1H, gandingan, metodologi

          VPE06

                ANALISIS KESESUAIAN LAGU PUISI “TETAMU SENJA” DALAM
           PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA BAHASA
                                   MELAYU TAHUN 4

                               MAZURA BINTI SULAIMAN
                       Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
                                  59990, Kuala Lumpur
                             mazura_sulaiman@ipgkbm.edu.my

          Titik  pertemuan  antara  bahasa  dan  sastera  adalah  sifat  sastera  itu  sendiri  yang
          memerlukan  bahasa  sebagai  wahana  komunikasi.  Justeru  penggunaan  bahan
          sastera  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  kemahiran  bahasa  dalam  bahasa
          Melayu amat tepat sekali. Lagu puisi adalah genre lagu yang mempunyai ciri dan
          nilai tersendiri dan berbeza dengan genre lagu lain. Lagu puisi menggunakan puisi
          atau sajak (puisi moden) sebagai lirik dan dasar ciptaannya. Kertas kerja ini akan
          membincangkan  kajian  berkaitan  kesesuaian  lagu  puisi  bertajuk  “Tetamu  Senja”
          oleh  kumpulan  Harmoni  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  kemahiran
          berbahasa bahasa Melayu tahun 4. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis
          dokumen dan cadangan aktiviti untuk memenuhi kajian ini. Dokumen yang menjadi
          sandaran  utama  kajian  ini  ialah  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan  Pentaksiran
          (DSKP)  Bahasa  Melayu  Tahun  4  (semakan).  Dapatan  kajian  jelas  menunjukkan
          lagu  pusi  ini  dapat  digunakan  dalam  pelbagai  aktiviti  bagi  pengajaran  dan
          pembelajaran  kemahiran  bahasa  mendengar  dan  bertutur,  kemahiran  membaca
          dan kemahiran menulis seperti yang terdapat dalam DSKP Bahasa Melayu tahun
          4. Dengan aplikasi didik hibur serta kaedah, teknik dan aktiviti yang sesuai pastinya
          lagu puisi dapat digunakan dengan semaksimum mungkin dalam pengajaran dan
          pembelajaran kemahiran bahasa Melayu.
          Kata kunci: bahan sastera, lagu puisi, kemahiran bahasa, bahasa Melayu

          VPE07

                PENGGUNAAN APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN
                  PEMBELAJARAN GURU BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

                                     1
                     LINDA ANAK DANA ; MAGDELINE ANAK NOR, PhD   2
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
                                             2
                     1
                      linda_dana@rocketmail.com,  magsmk@yahoo.com.my

          Kaedah konvensional iaitu kaedah “chalk-and-talk” yang digunakan di dalam kelas
          bagi proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar berasa bosan dan
          kurang berminat untuk belajar atas alasan kaedah penyampaian yang digunakan
          oleh guru kurang menarik. Justeru itu, penggunaan aplikasi Padlet menjadi salah
          satu  alternatif  semasa  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  Bahasa  Melayu
          dilaksanakan.  Kajian  ini  dijalankan  untuk  mengenal  pasti  tahap  keupayaan  guru
                                                                          72
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81