Page 73 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 73

VPE: Bidang Bahasa

          VPE01

           MENINGKATKAN PENGUASAAN HURUF HIJAIYYAH MELALUI PERMAINAN
            SECARA DALAM TALIAN “WORDWALL” DALAM KALANGAN MURID DI
                               SEKOLAH A SEMASA PdPR

                     MUHAMMAD AIMAN NUL HAKIM BIN ABDUL RAHIM
                                    SK Bukit Inkerbai
                   D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah, 96400 Mukah, Sarawak.
                           102-21-aiman@epembelajaran.edu.my

          Kajian  ini  dilaksanakan  bagi  mengenalpasti  punca-punca  penguasaan  murid
          terhadap  huruf  hijaiyyah  yang  berada  dalam  keadaan  lemah  semasa  pandemik
          bagi  mengelakkan  para  murid  dari  keciciran  dalam  pembacaan  iqra’  semasa
          pandemik covid 19 yang menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran sedikit
          terbantut.  Kajian  ini  dijalankan  untuk  menilai  keberkesanan  permainan  secara
          dalam  talian  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  sekolah  bagi  meningkatkan
          pemahaman  para  murid  terhadap  huruf  hijaiiyah.  Skop  kajian  ini  menfokuskan
          kepada 8 orang murid tahun 2 Adil, Sekolah A yang terdiri daripada 3 murid lelaki
          dan  5  murid  perempuan.  Kaedah  pengumpulan  data  yang  digunakan  adalah
          melalui  soal  selidik  dan  ujian  penilaian  yang  dijalankan  terhadap  murid  tersebut.
          Data  dikumpul  dan  dianalisis  secara  statistik  deskriptif.  Keputusan  ujian  yang
          dilakukan  sebelum  menggunakan  pengajaran  permainan  secara  dalam  talian,
          didapati keputusan ujian tersebut kurang memuaskan dari kalangan murid terutama
          dua orang murid yang tidak mampu menjawab dengan baik. Ini disebabkan oleh
          pelbagai  faktor  yang  mempengaruhi  keputusan  tersebut.  Namun  melalui
          pengajaran  permainan  secara  dalam  talian  mampu  meningkatkan  motivasi  dan
          pemahaman  para  murid  terhadap  huruf  hijaiyah  yang  dibuktikan  melalui  ujian
          kedua  yang  dijalankan  terhadap  murid  tersebut.  Ini  menunjukkan  pengajaran
          permainan secara dalam talian memberikan impak yang ketara terhadap prestasi
          para murid walaupun sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dirumah sahaja
          disebabkan oleh pandemik covid 19
          Kata kunci: Huruf Hijaiyyah, Wordwall, Permainan Dalam Talian, PdPR
          VPE02

               MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN MURID TERHADAP HURUF
                                  KONSONAN m DAN n

                                                               2
                                            1
                       ALYA JESPHIN MARCUS ;  HU LAEY NEE, PhD
                           Insitut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                              Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
                        1                    2
                         alyajesphin@gmail.com,  huln1234@gmail.com

          Kajian  ini  dijalankan  untuk  membantu  murid  pemulihan  mengatasi  masalah
          kekeliruan  terhadap  huruf  konsonan  m  dan  n  dengan  menggunakan  teknik  latih
          tubi.  Berdasarkan  pengalaman  pengajaran  lepas,  pengkaji  mendapati  bahawa
          murid masih keliru dengan huruf m dan n serta tidak dapat menulis huruf tersebut
          dengan betul. Sehubungan itu, kajian tindakan ini dijalankan dengan berpandukan
                                                                          69
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78