Page 83 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 83
本 写 话 的 基 本 原 则,并 初 步 探 讨 教 师 “读→画→说→写” 教 学 模 式 的 可 行 性 ,鼓 励 学 生 把
自 己 的 感 想 与 想 象 投 入 于 其 中,放 飞 童 心 , 进 而 我 手 写 我 心 。
关 键 词 : 小学第一学段华文 , 绘本, 写话 , 读 画说写 。
Penulisan ayat merupakan satu kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Cina tahap satu. Guru biasanya akan menggunakan bahan pengajaran
dalam buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengajar. Walaupun isi
kandungan dalam buku teks mendekati kehidupan sebenar murid, tetapi ia
kekurangan elemen keseronokan, sukar untuk merangsang keinginan pelajar untuk
menulis ayat. Murid biasanya akan menulis ayat yang berisi kandungan yang sama
dan bukannya menulis perasaan sebenar mereka. Justeru itu, kajian ini akan
dimulakan dengan menganalisis kelebihan menggabungkan penggunaan buku
cerita bergambar dalam kemahiran penulisan ayat, prinsip asas cara ini dan
seterusnya meninjau kebolehlaksanaan model pengajaran "membaca → melukis
→ bertutur → menulis" ini, menggalak murid memasukkan pemikiran dan imaginasi
mereka ke dalam ayatnya, untuk meluahkan perasaan sebenar kanak-kanak, dan
kemudian menulis ayat mengikut perasaan sebenar dalam hatinya.
Kata kunci: Bahasa Cina Tahap Satu, Buku Cerita Bergambar, Penulisan Ayat,
Membaca Melukis Bertutur Menulis.
VPF: Bidang Sains Sosial
VPF01
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP) COVID-19: SATU TINJAUAN
AGATHA FRANCIS UMBIT, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Jalan Kolej, 93200 Kuching, Sarawak
agatumbit2020@gmail.com
Ekoran dari pandemik Covid-19, kaedah pengajaran dan pembelajaran telah
berubah ke pembelajaran dalam talian. Pandemik ini telah mewujudkan satu
pengajaran dan pembelajaran tidak bersemuka bagi memastikan pembelajaran
terus dilaksanakan dengan berkesan dan pelajar tidak ketinggalan. Kajian ini
bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran dalam talian dalam
kalangan pelajar dalam proses pembelajaran. Kajian ini juga mengenal pasti tahap
kepuasan pelajar terhadap pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar.
Sampel kajian melibatkan 116 orang responden bagi program PPISMP dan PISMP
dan menggunakan soal selidik yang diedarkan secara dalam talian dalam
mendapatkan maklum balas. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis
deskriptif bagi mengira min, sisihan piawai, frekuensi, peratusan dan korelasi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar menggunakan pembelajaran dalam
talian berada pada tahap tinggi (M=4.05, SP=0.56). Hasil kajian mendapati dua
elemen berada pada tahap tinggi dengan min bagi setiap elemen seperti berikut:
motivasi (M=4.14) dan rupa bentuk (M=4.32). Analisis ujian-t menunjukkan bahawa
nilai signifikan p = 0.602, maka tidak wujud perbezaan yang signifikan antara
program dan kepuasan pembelajaran dalam talian. Dapatan analisis ujian Korelasi
Pearson pula mendapati terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara
motivasi pelajar dan kepuasan pembelajaran dalam talian dengan nilai korelasi
79