Page 84 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 84
0.531. Kesimpulannya, pelajar berpuas hati dan mempunyai motivasi yang baik
dalam menerima kaedah pembelajaran dalam talian namun, pelbagai pihak harus
mengambil pelbagai inisiatif bagi menambahbaik kemudahan- kemudahan yang
disediakan.
Kata kunci: COVID-19, pembelajaran dalam talian, pembelajaran bersemuka,
kepuasan, komunikasi
VPF02
ESTETIKA MOTIF “BETIK” (TATU) MASYARAKAT LUN BAWANG, LAWAS,
SARAWAK
BELL SU’UT
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98000 Miri Sarawak
bsuut@yahoo.com.my
“Betik” (tatu) merupakan amalan budaya masyarakt Orang Ulu di Sarawak seperti
Kenyah, Kayan, Penan, Bisaya, Kelabit, Lun Bawang dan kumpulan kecil yang lain.
Betik mempunyai motif yang unik dan mempunyai nilai estetika dan makna yang
tersirat. Betik diamalkan oleh kaum wanita dan lelaki masyarakat Lun Bawang.
Pada masa dahulu ia dihasilkan secara tradisional mengunakan buluh dan
pewarna asli. Kajian ini berfokuskan pada motif dan corak yang terdapat pada betik
masyarakat Lun Bawang. Kawasan kajian ini dilaksanakan di Daerah Lawas,
Sarawak. Data kajian diperolehi melalui kajian lapangan menggunakan kaedah
pemerhatian, temu bual dan kajian perpustakaan. Kajian ini dilaksanakan
berdasarkan teori Panofsky (1939). Objektif kajian ialah mengenalpasti jenis-jenis
motif, mengkategorikan motif, menganalisis struktur motif dan makna motif.
Berdasarkan dapatan kajian terdapat enam jenis motif betik masyarakat Lun
Bawang iaitu motif belipid, pawad, kemakar, suit menengang, liputung dan bebas.
Sumber ilham motif betik masyarakat Lun Bawang diilhamkan dari alam semulajadi
seperti tumbuhan, burung dan binatang. Dari aspek struktur motif dan corak
kebanyakan motif dihasilkan secara translasi, imbangan semetri, kepelbagaian dan
harmoni. Motif yang digunakan membawa maksud yang tersendiri yang
melambangkan kepercayaan dan budaya masyarakat Lun Bawang.
Kata kunci: “betik”, masyarakat Lun Bawang, jenis motif, kategori, struktur dan
makna
VPF03
NILAI SASTRA BUDAYA DAN RELIGI DALAM TRADISI BUNGO LADO
SEBUAH PERAYAAN MAULID NABI DI DAERAH PARIAMAN PADANG
SUMATERA BARAT, INDONESIA
(THE VALUE OF LITERATURE, CULTURE AND RELIGION IN THE TRADITION
OF BUNGO LADO, A CELEBRATION OF THE MAULID PROPHET IN THE
PARIAMAN REGION, PADANG WEST SUMATERA, INDONESIA)
ABDUL AZIZ
Fakulti Bahasa dan Seni STAI Nurul Ilmi Tanjung Balai,
80