Page 88 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 88

Kata  kunci:  Teknik  Pembelajaran  Berasaskan  Projek(PBP),  Aktiviti  Menanam
                     Kacang  Hijau  Tingkatkan  pengusaan  dan  kemahiran  bahasa,
                     komunikasi

          VPG04

                AMALAN PEDAGOGI RESPONSIF BUDAYA DAN PENDIDIKAN
                   KEAMANAN  DI TABIKA PERPADUAN: TINJAUAN AWAL

                                                                     2
                                    1
                AISHAH ABDUL MALEK ; MOHD NAZRI ABDUL RAHMAN, PhD ;
                              MUHAMMAD ASYRAF MANSOR     3
                            1 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya;
                  2,3 Pusat Kelestarian dan Komuniti Universiti Malaya (UMCares)
                   1                         2
                   aishahumayraa21@gmail.com,  mohdnazri_ar@um.edu.my

          Pendidikan keamanan merujuk kepada usaha mendidik generasi hari ini ke arah
          keamanan  dengan  mengekalkan  nilai  perpaduan  tanpa  mengira  ras,  bangsa,
          agama  dan  nilai  budaya.  Manakala  pedagogi  responsif  budaya  merupakan
          pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber rujukan budaya
          setempat  dalam  menyampaikan  pengetahuan,  kemahiran  dan  pembentukan
          tingkah laku pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan pedagogi responsif
          budaya dan pendidikan keamanan di tabika Perpaduan dalam usaha meningkatkan
          integrasi  kaum  di  Malaysia.  Kajian  ini  dilaksanakan  ke  atas   kanak-kanak  yang
          berumur 4 hingga 6 tahun di tabika yang terletak di Tangkak, Johor. Pengumpulan
          data  menggunakan  kaedah  temubual  dan  ‘fokus  group  discussion’  serta
          pemerhatian terhadap guru dan kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan amalan
          pedagogi  responsif  budaya  dilaksanakan  mengikut  kreativiti  guru  dalam
          penyampaian  pembelajaran  serta  mempromosikan  perpaduan  dan  keamanan
          antara  kaum  di  Malaysia.  Dapatan  kajian  ini  mencadangkan  amalan  pedagogi
          responsif budaya dan pendidikan keamanan diaplikasikan secara kreatif oleh guru
          dengan  merentasi  kurikulum  khususnya  kepada  kanak-kanak  berkepelbagaian
          budaya bagi meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan. Implikasi kajian
          menunjukkan  bahawa  amalan  pedagogi  responsif  budaya  dan  pendidikan
          keamanan  memberi  nilai  tambah  kepada  pembentukan  nilai,  jati  diri  dan
          perwatakan diri kanak-kanak dalam persekitaran dunia hari ini.
          Kata kunci: Pendidikan Keamanan, pedagogi responsif budaya, Pendidikan Awal
                     Kanak-kanak

          VPG05

          RESTROSPEKTIF GURU TERHADAP KESESUAIAN CERITA ANIMASI OMAR
             DAN HANA SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                            PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

                                      1
                   JOHANA ABDUL HADI , MOHD NAZRI ABDUL RAHMAN    2
             Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti
                                        Malaya
                                2
                                mohdnazri_ar@um.edu.my



                                                                          84
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93