Page 113 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 113
kami kerana mereka menghasilkan jawapan melalui teka-teki. Hal ini demikian
kerana murid miskonsepsi dengan konsep pelbagai jenis sudut. Oleh yang
demikian, kami telah mencipta satu inovasi untuk membantu murid mengenal sudut
tegak, sudut tirus dan sudut cakah pada bentuk segiempat tepat, segiempat sama
dan segitiga supaya mereka bolah menamakan sudut dengan betul. Seramai 7
orang murid dari SJK Chung Hua Batu 32 telah terlibat dalam penyelidikan kami.
Inovasi yang kami bina berjaya memudahkan murid-murid untuk mengenal jenis
sudut tanpa menggunakan kaedah penghafalan yang biasa digunakan oleh guru
Matematik lain. Murid-murid hanya perlu berpandukan alat inovasi dan mereka
terus dapat menamakan jenis sudut dengan cepat dan tepat. Kami berasa gembira
apabila mengesan peningkatan skor murid dalam ujian selepas tindakan yang
diberikan. Ketujuh-tujuh orang murid tersebut dapat mengenal sudut dan
menamakan jenis sudut pada bentuk dengan betul. Dengan pengalaman ini, kami
menyedari bahawa pemikiran kreatif dan pengajaran berbentuk konkrit adalah
sangat penting bagi guru untuk membantu murid-murid.
Kata kunci: Murid Tahun 4, sudut tegak, sudut tirus, sudut cakah, segiempat tepat,
segiempat sama, segitiga
KA24
FERTIGASI TITIS : APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN
ROSNAH@NINING BINTI SIDEK, PhD¹, BUSTAM BIN DAMAN², MOHD SAIFUL
BAHRI BIN BUSTAM 3
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent; Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya;
SMK Lahad Datu, Sabah
1 2
Peti Surat 2, 89207 Tuaran, Sabah; Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu,
3
Sabah; SMK Desa Kencana, Peti Surat 344 Cenderawasih, Bandar Sahabat,
91150 Lahad Datu, Sabah
1 2 3
niningrosnah@gmail.com, bustamdaman@gmail.com, saifulbahry15@gmail.com
Transformasi dalam Sistem Pertanian perlu untuk menjadikan sektor ini benilai
tinggi, lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Kaedah penanaman secara
fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang
baik. Sistem ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi
membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.
Kebergantungan kepada tenaga buruh dapat dikurangkan dengan menggunakan
teknologi yang lebih berasaskan ilmu pengetahuan dan cara tanaman yang baru
bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Sistem pengairan titis merupakan
salah satu daripada inovasi yang terpenting. Sistem fertigasi adalah kaedah
pemberian baja melalui sistem pengairan titis . Dalam sistem ini, cecair baja
disalurkan di dalam pengairan. Pemberian nutrien kepada tanaman yang teratur di
dalam sistem ini, membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan efisien. Dalam
kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja
meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini. Tujuan utama
sistem pengairan ini dicipta adalah untuk mengairi tanaman bersama dengan
campuran cecair baja secara sekata dan intensif. Sistem pengairan titis merupakan
sistem pengairan yang paling berkesan dan efisyen kerana bekalan air dengan
campuran baja dapat di salurkan terus ke akar pokok. Sistem ini mengelakkan
penggunaan air yang berlebihan serta dapat mengatasi risiko kehilangan air ke
udara disebabkan pemeluapan. Sistem ini boleh diaplikasi dengan menggunakan
109