Page 135 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 135

Art appreciation is important in early childhood education because it teaches pre-
          schoolers to value their own or friends' artworks while also stimulating thought
          and emotion, resulting in a better learning experience. OPDORT is a tool that was
          created  to  improve  and  expand  on  the  art  appreciation  experience.  OPDORT  is
          made  up  of  a  "multi-color"  torch  and  recyclable  materials  such  as
          rectangular plastic containers and colourful papers. Action research was conducted
          at  two  preschools  in  Sibu  District,  Sarawak,  with  four  pre-schoolers  serving  as
          research participants. Quantitative data from a Google Form survey of 50 preschool
          teachers was also collected in addition to data observation and interviews during
          the  action  research.  According  to  the  findings,  OPDORT  was  highly  received  by
          both pre-schoolers and educators. Students that use OPDORT have enjoyed and
          exhibited  a  greater  desire  to  do  other  'fold  a  paper'  artworks.
          Quantitative data also revealed that more than 80% strongly agree that OPDORT is
          user-friendly,  cost-effective,  and  increases  student  interest,  active  learning,  and
          idea  development.  To  conclude,  OPDORT  is  an  innovative  tool  that  encourages
          pre-schoolers to participate in a variety of devices in order to experience and better
          comprehend the art-making process. This exploratory effort in innovation that aids
          learning  by  preschool  teachers  is  in  accordance  with  teacher  professional
          development to address the country's current and future needs.
          Keywords: Preschool, Optical, Art Appreciation, Visual Art.

          KA58

          BUKU INOVATIF WAKAF SIRI 2: WAKAF TUNAIKAN DENGAN FAHAM (WTF)

                            MOHD FAIZAL NOOR BIN ARIFFIN
                              Universiti Kebangsaan Malaysia
           Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
                                mofana_5503@yahoo.com

          Tekun membaca adalah amalan yang sangat baik. Di era ini, bahan bacaan wajar
          ditampilkan  dalam  bentuk  yang  lebih  santai,  ringan  dan  mudah  difahami  supaya
          boleh  dihadam  oleh  seramai  mungkin  khalayak.  Namun,  ketepatan  fakta  serta
          kebenaran  isi  kandungan  tidak  boleh  ditoleransi  dan  dikompromi  sama  sekali.
          Berasaskan kombinasi dua ciri penting tersebut, buku ini diperkenalkan. Ia sebuah
          penulisan  akademik  serta  berfakta  yang  bersifat  inovatif  tetapi  berpenampilan
          santai dan mesra pembaca. Subjek dan tema utamanya ialah wakaf. Buku ini diberi
          judul “Buku Inovatif Wakaf Siri 2: Wakaf Tunaikan dengan Faham (WTF). Karya ini
          adalah  kesinambungan  kepada  Buku  Inovatif  Wakaf  Siri  1  dengan  tajuk  “Buku
          Akademik Ringan dan Santai: Wakaf Tunaikan dengan Faham (BARiSan: WTF).
          Pendekatan  seperti  ini  bukan  bermaksud  merendahkan  kedudukan  dan  nilai
          sesebuah  karya  akademik.  Tujuan  buku  ini  ialah  memudahkan  kefahaman  dan
          memberikan  kesedaran  awam  tentang  wakaf.  Tajuk  wakaf  juga  terdapat  dalam
          silibus  Pendidikan  Islam  Tingkatan  Empat.  Dengan itu,  diharapkan,  bahan ilmiah
          seperti ini dapat  menarik minat dan fokus para pelajar. Ini adalah buku bercetak
          dengan anggaran kos jualan sekitar RM 5.00 sebuah yang mengandungi 40 muka
          surat. Antara kandungan buku ini seperti cerpen wakaf, teka silang kata wakaf, cari
          perkataan tersembunyi, komik wakaf, kumpulan puisi wakaf dan lain-lain. Dengan
          penampilan, kandungan dan harga seperti ini, ia dijangka berpontensi untuk dijual
          kepada umum. Semoga buku ini akan memvariasikan genre buku di pasaran serta
          memberikan manfaat yang maksimum kepada semua khususnya berkaitan wakaf
                                                                         131
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140