Page 21 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 21
Norwani
Hadiahkan
Naskhah
Ikat Limar buat
Generasi Muda
Generasi Muda
Minat, kesungguhan dan cintanya kepada seni tidak dinafikan lagi, lebih – lebih lagi terhadap seni tekstil.
Selepas tamat pengajian di ITM, sekarang dikenali sebagai UiTM dalam tahun 1980, Norwani Md. Nawawi
memulakan kerjayanya di InfoKraf kini dikenali sebagai Muzium Tekstil Negara yang terletak di Jalan Sultan
Hishamuddin, Kuala Lumpur. Selepas itu beliau berkhidmat di UiTM sebagai pensyarah dan mendapat Phd
dari Heriot-Watt University, Scotland, United Kingdom pada tahun 2006.
Prof. Madya Dr. Norwani Md Nawawi adalah pakar rujuk bagi seni reka tekstil khususnya songket,
batik, tekat, kelingkan dan telepuk. Telah menulis dan menghasilkan pelbagai buku berkaitan seni
tekstil dan kebudayaan antaranya Malaysian Songket pada tahun 1996, Eksikopedia Sejarah
dan Kebudayaan Melayu – Songket pada tahun 1999, Pakaian Melayu Sepanjang Zaman,
dalam tahun 2004 dan yang terkini adalah Ikat Limar The Ancient Malay Textile. Beliau turut
menyumbangkan banyak artikel bagi tujuan penerbitan lain, selain menjadi penceramah
jemputan, pembentang kertas kerja dan penyelidikan serta menyertai pameran. Penglibatannya
juga turut mendapat pengiktirafan dalam pelbagai anugerah seperti 25th ITEX, IIDEX, IIAD,
NSEBA, i-DEA, IID, dan yang terbaharu adalah PECIPTA bagi inovasi Wefting Ikat Wheel
dengan pencapaian pingat emas.
Dalam temuramah yang diadakan dengannya, Norwani menyimpan harapan yang sangat tinggi
agar ilmu kesenian ikat limar dapat dikongsikan kepada generasi muda. “ Harapan saya agar
ikat limar dapat diteruskan oleh generasi akan datang, kita kepupusan pewaris yang minat
untuk meneruskan warisan ini, maka saya usahakan buku ini supaya ia dapat menjadi wadah
ilmu kepada masyarakat kita “. Cukup merendah diri dan besederhana dalam perbualannya,
Norwani menikmati hirupan segelas kopi kegemarannya sambil berkongsi kisah perjuangan
beliau demi Ikat Limar yang dicintainya. Merupakan kakak kepada komposer terkenal
Johan Nawawi, beliau turut mendapat khidmat artistik dari Johan untuk mencipta sebuah
lagu berdasarkan dari lirik yang ditulisnya mengenai Ikat Limar dengan sentuhan muzik
kontemporari, bersesuaian dengan halwa telinga masa kini.
Bukan mudah untuk sebuah buku dapat dihasilkan. Bermula dari tahun 2010 dan pada
tahun ini, 2016 akhirnya Ikat Limar The Ancient Malay Textile dapat diterbitkan dengan
usahasama dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Buat generasi muda, pengkaji budaya dan
sejarah, pencinta seni dan warisan, pelukis dan pereka, pendidik dan pentadbir muzium/
galeri, Ikat Limar The Ancient Malay Textile adalah naskhah yang penuh bermanfaat
untuk semua peringkat umur, generasi, ataupun bangsa. Buku ini boleh didapati di
Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana – mana pustaka terpilih. Terimalah hadiah dari
Norwani, sebuah naskhah Ikat Limar untuk kita semua – gesturz.
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 2121
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) |