Page 23 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 23
VISIONARY PAMER KARYA
TEKNOLOGI PERCETAKAN
KEPADA UMUM.
PUNCAK ALAM – Pada kali ini, pelajar semester akhir Diploma
Teknologi Percetakan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD) telah
mengadakan pameran diploma bagi berkongsi hasil rekaan projek
akhir mereka sebagai salah satu keperluan akademik bagi pengajian
peringkat diploma. Pameran tersebut sebelum itu, dimulakan dengan
sesi peperiksaan penilaian oleh pensyarah bagi menilai projek yang
dihasilkan mengikut tugasan serta tema yang telah ditetapkan oleh
jabatan.
Seramai 34 orang pelajar
terlibat dalam pameran yang
diberi nama “Visionary,” di
mana mereka menampilkan
rekaan dan hasil cetakan
bagi majalah dan poster
dengan mengaplikasikan ilmu
pengetahuan dan teknik dalam
teknologi percetakan yang
melibatkan proses seperti pra-
cetak, cetak, dan pasca-cetak.
Dr. Sharkawi Che Din, Ketua
Pusat Pengajian Fakulti AD,
UiTM Puncak Alam dalam
ucapannya berharap menerusi pameran yang diadakan ia dapat memberi
pendedahan maklumat mengenai prospek teknologi percetakan khususnya
kepada jemputan yang didatangkan khas dari Sekolah Menengah Abdul Jalil Hulu
Langat, Selangor. “ Murid serta guru yang hadir boleh melihat dengan lebih dekat
produk yang dipamerkan disamping mengenali bidang pengajian yang ditawarkan”
– ujarnya.
Visionary diadakan di GESTURZ 2 (Lakeside Gallery), Kompleks Alam Bina &
Seni Reka, UiTM Puncak Alam dikendalikan oleh pelajar semester akhir dengan
sokongan dari pelajar jabatan. Ini adalah generasi ke-34 yang meneruskan tradisi
ini, kami berharap pelajar yang bakal tamat diploma mereka dapat melangkah ke
alam kerjaya dengan yakin dan seterusnya merancang bagi melanjutkan pengajian
diperingkat Ijazah pertama. Pesan En. Muhammad Yusuf Masod, Koordinator
Teknologi Percetakan kepada 34 orang siswa program berkenaan. – gesturz.
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 2323
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) |