Page 25 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 25
NDC DAN YWJ
BEKERJASAMA UNTUK
TENUN JOHOR.
JOHOR – National Design Centre (NDC), Fakulti Seni Lukis
& Seni Reka (AD) telah mengadakan kerjasama dengan
Yayasan Warisan Johor (YWJ) bagi menghasilkan motif dan
corak khusus untuk kain tenun dan songket Negeri Johor.
Kerjasama ini turut mendapat khidmat kepakaran dari Prof.
Dr Siti Zainon Ismail dan Prof. Madya Dr Norwani Md Nawawi
yang menghasilkan sepuluh reka corak baharu antaranya
Songket Johor Jauhar dan Medini untuk DYMM Baginda Sultan
Johor, Songket Johor Maharani untuk Permaisuri, Songket
Tengku Mahkota Johor, Tenun Johor Tanjung Piai serta Tenun
Johor Bercorak Renek. Kesemuanya kini sedang dipatenkan
menerusi Perbadanan Harta Intelek.
Penyelidikan Tenun Johor telah dilakukan dari tahun 2013
hingga 2015 dan pada masa kini Yayasan Warisan Johor
sedang berusaha untuk menerbitkan buku Menyingkap Tenunan
Johor dengan kerjasama dari kedua tokoh budaya tersebut
dengan bantuan dari waris Rumah Tenun Johor yang ketika itu
terletak di di Jalan Mahmoodiah pada sekitar tahun 1946.
Projek Tenun Johor adalah menjunjung titah DYMM Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 2012 ketika
baginda mencemar duli ke Yayasan Warisan Johor, supaya
warisan tenunan Johor dapat dikembalikan.
Pada 11 April 2016, telah berlangsungnya Majlis Pra
khazanah yang tidak ternilainya, disamping mempromosikan
Pelancaran Bengkel Tenun Johor sebagai antara usaha yang produk Tenun Johor dan menyebarluas ilmu dan maklumat
dirancang dalam projek Tenun Johor selain merealisasikan mengenai Tenun Johor. – gesturz.
penubuhan Galeri Tenun Johor.
Usaha ini bukan sahaja dapat mengembalikan kegemilangan
warisan Tenun Johor, bahkan ia dapat memelihara
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 2525
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) |