Page 4 - Buku Aturcara Persaraan Pengetua SMKTR - 2019
P. 4

Seuntai Bicara










                                                YANG BERBAHAGIA DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI
                                                PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK




             Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera.

             Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya saya diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua
             kata di ruangan ini. Sesungguhnya majlis yang amat bermakna ini adalah manifestasi penghargaan serta
             ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti dan pengorbanan Tuan Haji Gulam
             Muzammil Bin P.K Mohamed sepanjang perkhidmatan beliau sebagai warga pendidik.

             Saya  selaku  Pengarah  Pendidikan  Negeri  Perak  ingin  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan
             jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Gulam Muzammil Bin P.K Mohamed di atas segala sumbangan dan
             bakti  beliau  dalam  merealisasikan  aspirasi  JPN  Perak  selaras  dengan  aspirasi  Kementerian  Pendidikan
             Malaysia. Sesungguhnya, negara kita sangat memerlukan golongan pendidik yang mempunyai iltizam yang
             tinggi, kreatif, inovatif dan kritis. Sejajar dengan alaf 21 ini, para guru merupakan tenaga penggerak yang
             dominan dalam memastikan aspirasi PAK 21 berjaya direalisasikan.

             Saya amat berharap agar semua pihak khususnya guru-guru di SMK Tanjong Rambutan ini
             dapat  meneruskan  usaha  gigih  dan  dinamik  bagi  meneruskan  kesinambungan  pelaksanaan  program-
             program yang telah dirancang bersama-sama Yang Berusaha Tuan Haji Gulam Muzammil meski pun beliau
             sudah meninggalkan sekolah ini.

             Persaraan membawa pelbagai pengertian dan makna bagi setiap penjawat awam. Pastinya Yang Berusaha
             Tuan Haji Gulam Muzammil telah pun membuat perancangan bagi menghadapi alam baharu yang bakal
             beliau tempuhi nanti. Walau apa pun jua perancangan tersebut, saya
             mendoakan  semoga  hari-hari  persaraan  Yang  Berusaha  Tuan  Haji  Gulam  Muzammil  Bin  P.K  Mohamed
             yang kita raikan pada hari ini dilimpahkan segala rahmat dan keberkatanNya. Semoga beliau berada dalam
             keadaan sihat lagi sejahtera serta dapat memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga tercinta yang
             selama ini terpaksa berkongsi kasih dan perhatian beliau dengan dunia pendidikan selama 36 tahun.

             Sekali lagi, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat
             bakti Tuan Haji selama ini dan selamat bersara.

             Sekian, terima kasih.
             Wabilahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.






                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9