Page 6 - Buku Aturcara Persaraan Pengetua SMKTR - 2019
P. 6
Setitis Tint a
TN. HAJI AYOB BIN HAJI ZENAL
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya, sebagai YDP PIBG dapat saya menulis
sepatah dua kata khas untuk Tuan Haji Gulam Muzammil Bin P.K Mohamed, Pengetua SMK
Tanjong Rambutan sempena penamatan khidmat beliau sebagai kakitangan kerajaan.
Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun beliau menjadi pengetua di SMKTR, Cikgu telah banyak
membantu saya serta pihak PIBG dalam menjayakan program-program yang dirancang demi
kecemerlangan anak-anak didik SMKTR.
Saya amat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan seorang pemimpin yang
mengutamakan pendidikan anak-anak tanpa mengenal erti jemu. Jasa Cikgu untuk
memartabatkan anak didik dari Tanjong Rambutan tiada nilai bandingnya dan sukar untuk
dibalas dengan harta benda. Namun begitu, Cikgu telah mengabdikan diri untuk
memberikan ilmu kepada mereka. Hanya Allah swt sahaja yang dapat memberi ganjaranNya
buat Cikgu.
Terima kasih Tuan Haji Gulam Muzammil Bin P.K Mohamed. Selamat bersara Cikgu, semoga
Cikgu sihat dalam peliharaan Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
6