Page 5 - Buku Aturcara Persaraan Pengetua SMKTR - 2019
P. 5
Semanis Madah
TUAN. HAJI HASNI BIN HASSHIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kerana
memberi peluang kepada saya merakamkan sepatah dua kata sebagai kata alu-aluan sempena
Majlis Persaraan Pengetua SMK Tanjung Rambutan, Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K
Mohamed dalam dunia pendidikan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K Mohamed atas
komitmen yang telah ditunjukkan demi menjadikan SMK Tanjung Rambutan meningkat maju dari
semasa ke semasa. Persaraan beliau daripada arena pendidikan pasti dirasai warga pendidikan
terutamanya warga SMK Tanjung Rambutan. Bagaimanapun diharap legasi yang beliau tinggalkan
dapat diteruskan demi kecemerlangan bangsa, negara dan SMK Tanjung Rambutan khususnya.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah
ditunjukkan oleh Tuan Haji Gulam Muzammil sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai
Pengetua yang berjaya, berpengalaman, berwawasan dan berkebolehan. Di sekolah ini, beliau
benar-benar berusaha menggilap permata, mencipta kejayaan ke arah kecemerlangan selain
sentiasa menitikberatkan jati diri yang tinggi dan semangat ingin bersaing dalam kalangan murid-
murid.
Akhir sekali, saya mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara mengucapkan syabas dan
terima kasih kepada Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K Mohamed atas jasa, bakti dan
pengorbanan yang dicurahkan semasa berkhidmat sebagai Pengetua sehingga tamat tempoh
perkhidmatan beliau di SMK Tanjung Rambutan pada hari ini.
Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur oleh Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K Mohamed
tentunya akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Bak kata Pepatah "Hancur badan dikandung
tanah, budi yang baik dikenang jua".
Sekian, terima kasih.
TN. HAJI HASNI BIN HASSHIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA
5