Page 2 - BUKU PERATURAN
P. 2

sukan  kepada  mana-mana  ahli  MASKOM atau  satu  jawatankuasa  khas

                           yang ditubuhkan oleh MASKOM kelak.
                      3.3 Adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan

                           JKTPK  menerangkan  secara  lengkap  dan  jelas  peraturan  Kejohanan

                           Sukan  di  bawah  MASKOM  kepada  badan  /  persatuan  sukan  /  orang
                           perseorangan yang terlibat di dalam pengelolaan tersebut.



               4.      PENYERTAAN NEGERI


                      4.1  Semua  Kolej  Komuniti  di  bawah  Majlis  Sukan  Kolej  Komuniti  Malaysia
                           (MASKOM) layak menyertai kejohanan ini.



                      4.2  Setiap negeri digalakkan menyertai semua jenis sukan yang telah
                           ditetapkan oleh pihak pengelola kecuali dipersetujui oleh Jawatankuasa

                           Eksekutif MASKOM.


               5.      PENYERTAAN DAN KELAYAKAN PESERTA


                       5.1 Penyertaan terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar belajar secara

                          sepenuh masa di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.


                      5.2  Pelajar  yang  berstatus  BERHENTI  dan  telah  MENAMATKAN  SERTA

                          DIANUGERAHKAN  SIJIL  /  DIPLOMA  adalah  TIDAK  DIBENARKAN
                          menyertai  kejohanan  kecuali  dipersetujui  oleh  Jawatankuasa  Eksekutif

                          MASKOM sebagai peserta atau pasukan jemputan.


                      5.3 Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri layak menyertai

                           kejohanan / pertandingan yang dianjurkan dengan syarat terlebih dahulu
                           mendapat keizinan bertulis daripada pihak firma dan jabatan.
   1   2   3   4   5   6   7