Page 7 - BUKU PERATURAN
P. 7
16. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
16.1. Setiap pasukan mesti menamatkan setiap perlawanan dan tidak boleh
dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan
untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap pasukan
dikehendaki meneruskan permainan walaupun telah layak untuk
pusingan seterusnya.
16.2. Jika berlaku kecederaan pemain sebelum perlawanan, pemain yang
cedera mestilah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan
yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan sebelum
pemain tersebut boleh menarik diri daripada pertandingan yang sedang
dijalankan.
17. BANTAHAN / RAYUAN
17.1. Sebarang rayuan atau bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh
Ketua Kontigen. Bantahan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan atau wakilnya dalam tempoh tidak
lebih dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau mengikut
peruntukan masa bantahan yang ditetapkan oleh setiap permainan
dengan disertakan wang tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia:
Tiga Ratus Sahaja) ata sesuatu jumlah yang akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan sebagai cagaran.
17.2. Sekiranya bantahan diterima maka wang cagaran akan dikembalikan.
17.3. Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
17.4. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan hendaklah menubuhkan Juri
Rayuan / Bantahan yang terdiri daripada lima (5) orang sahaja. Ahli-
ahlinya hendaklah terdiri daripada:
a) Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan atau wakilnya.
b) Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan
Kepegawaian MASKOM atau wakilnya.
c) Dua (2) orang wakil pasukan / kontigen yang tidak terlibat di
dalam rayuan dan bantahan yang dikemukakan.