Page 12 - BUKU PERATURAN
P. 12
31.1. Pembatalan dari kejohanan / pertandingan itu. Jika peserta itu mewakili
pasukan maka pasukan tersebut akan dibatalkan dan jika peserta itu
mengambil di dalam acara individu maka penyertaan beliau akan
dibatalkan serta-merta walaupun selepas permainan itu tamat. Jika
pasukan / individu yang dibatalkan memenangi pingat maka kemenangan
tersebut akan dibatalkan dan keputusan serta pingat-pingat yang
dimenangi akan ditarik balik.
32. PENETAPAN PEMBERIAN MATA KEPADA PERTANDINGAN DI KEJOHANAN
SUKAN MASKOM
Merujuk kepada penetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal,
Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM.
33. KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN / KEJOHANAN
Semua keputusan rasmi pertandingan / kejohanan adalah muktamad dan akan
dikeluarkan dan disediakan oleh Jawatankuasa Statistik setelah disahkan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM
ataupun wakilnya. Sebarang bantahan mengenai keputusan rasmi adalah tidak
dibenarkan sama sekali kecuali mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa
Eksekutif MASKOM.