Page 14 - BUKU PERATURAN
P. 14
Jawatankuasa Eksekutif yang menghadiri mesyuarat adalah dikira
sebagai majoriti.
b. Di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Pengerusi
boleh menjemput wakil daripada mana-mana kontijen berkaitan
untuk menghadiri mesyuarat jika dengan kehadiran mereka dapat
membantu jawatankuasa. Bagaimanapun, jika keadaaan
memerlukan dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan,
maka Pengerusi boleh bertindak membuat sesuatu keputusan.
c. Jawatankuasa Eksekutif boleh menggantung kontijen / pasukan /
pegawai / jurulatih / atlet yang melanggar peraturan daripada
mengambil bahagian di kejohanan yang berikutnya.
d. Jawatankuasa Eksekutif boleh pada bila-bila masa menjemput atau
menerima permohonan mana-mana acara sukan yang
dipertandingkan dalam kejohanan.
e. Jawatankuasa Eksekutif boleh mengarah atau menarik balik semua
keputusan yang dibuat oleh jawatakuasa-jawatankuasa yang lain
sekiranya difikirkan perlu.
JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN
4.1. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan terdiri daripada seorang
Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan
beberapa orang ahli yang difikirkan perlu yang dilantik dan disahkan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif.
4.2. Tempoh perkhidmatan ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
bermula dari tarikh dilantik sehingga selesai tugasannya dan tidak melebihi
dari tarikh kejohanan berikutnya.
4.3. Jawatan Pengelola Kejohanan adalah bertanggungjawab:
a. Merancang dan mengendalikan sepenuhnya
pengelolaan kejohanan.
b. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dari
masa ke semasa.