Page 13 - BUKU PERATURAN
P. 13
PERATURAN TETAP
KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (KSKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAKRIFAN
1.1. Kejohanan Sukan Kolej Komuniti adalah bermaksud satu pertandingan
beraneka jenis sukan (multi-sport event) yang dipertandingkan di antara
sepuluh (10) wilayah Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.2. Jawatankuasa Eksekutif Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia
(MASKOM) bermaksud ahli majlis tertinggi MASKOM yang dilantik
daripada kalangan pengarah-pengarah Kolej Komuniti, Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti melalui mesyuarat Majlis Eksekutif MASKOM.
1.3. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan bermaksud jawatankuasa yang
dilantik untuk mengelola kejohanan.
PRINSIP-PRINSIP ASAS
2.1. Kejohanan sukan anjuran MASKOM adalah satu pertandingan sukan
peringkat kebangsaaan yang diadakan pada setiap tahun.
2.2. Pengelolaan kejohanan sukan anjuran MASKOM dilaksanakan secara
bergilir.
2.3. Kejohanan ini diadakan dikalangan pelajar Kolej Komuniti sahaja.
JAWATANKUASA EKSEKUTIF
3.1. Tugas-tugas Jawatankuasa Eksekutif:
a. Menjamin kejohanan dapat berjalan dengan lancar mengikut masa
dan giliran yang ditetapkan.
b. Memastikan kejohanan dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip-
prinsip asas dan perkara yang tercatat di dalam semua peraturan
MASKOM.
3.2. Kuasa-kuasa Jawatankuasa Eksekutif:
a. Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif berkuasa memanggil sesuatu
mesyuarat apabila difikirkan perlu. Separuh daripada ahli