Page 10 - BUKU PERATURAN
P. 10

25.2. Semua perlawanan akan dijalankan HENDAKLAH mengikut masa yang

                             ditetapkan.
                      25.3. Pasukan / negeri yang lewat 15 (LIMA BELAS) minit dari masa yang

                             telah  dijadualkan  tanpa  alasan  yang  munasabah  adalah  dianggap

                             memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya.


               26.     KAWALAN PERUBATAN
                      26.1.  Semua  peserta  /  pegawai  dalam  semua  jenis  sukan  boleh  diarahkan

                             menjalani  pemeriksaan  perubatan  oleh  Jawantankuasa  Pengelola

                             Kejohanan. Pemeriksaan akan dibuat oleh Pegawai Perubatan bertauliah
                             di tempat yang ditetapkan oleh Jawantankuasa Pengelola Kejohanan.


                      26.2.  Ujian doping dijalankan secara rambang ke atas atlet semasa kejohanan

                             dari semasa ke semasa mengikut keperluan penganjur.

                      26.3.  Jika  seseorang  peserta  itu  mewakili  pasukan  /  negeri  mengambil
                              bahagiaan dalam acara individu didapati gagal ujian doping, pasukan /

                              penyertaan peserta tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya

                              individu  /  pasukan  /  negeri  yang  dibatalkan  turut  memenangi  pingat,
                              kemenangan tersebut akan terbatal dan pingatpingat yang dimenangi

                              akan ditarik balik. Pingat-pingat dan mata akan dianugerahkan kepada

                              peserta-peserta terbaik berikutnya.


               27.     KEWANITAAN

                      Semua  peserta  wanita  jika  dikehendaki  oleh  Jawatankuasa  Pengelola

                      Kejohanan,  hendaklah  mengesahkan  kewanitaan  mereka  oleh  Panel
                      Perubatan yang dilantik oleh Jawantankuasa Pengelola Kejohanan.



               28.     TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERLAWANAN


                      28.1.   Pertandingan  akan  berlangsung  mengikut  tempoh  seperti  yang

                               ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15