Page 11 - BUKU PERATURAN
P. 11
28.2. Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa
dan tempat akan ditetapkan oleh JKTPK MASKOM.
29. KEMUDAHAN
29.1. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan bertanggungjawab menyediakan
kemudahan yang BERKAITAN dengan pelaksanaan kejohanan.
29.2. Pakaian seragam dan peralatan sukan peserta adalah menjadi
tanggungjawab kontijen / negeri masing-masing.
30. PENGARAH PERTANDINGAN DAN JAWATANKUASA TEKNIKAL,
PERTANDINGAN & KEPEGAWAIAN
Jawatankuasa Eksekutif MASKOM akan melantik dengan rasminya seorang
Pengarah Pertandingan dan Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan
Kepegawaian.
30.1. Tanggungjawab Pengarah Pertandingan ialah untuk menentukan
segala persiapan Teknikal dan Pertandingan disediakan dan
dilaksanakan mengikut Peraturan Am MASKOM serta panduanpanduan
yang ditetapkan oleh Peraturan Pertandingan dengan kerjasama
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
30.2. Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan
Kepegawaian ialah melantik pegawai-pegawai teknikal dan pengadil
/ hakim setelah berbincang dengan Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan dan mengadakan lawatan serta mengesahkan tempat-
tempat pertandingan supaya sesuai digunakan untuk pertandingan
kejohanan.
31. PEMBATALAN PESERTA
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa
Eksekutif MASKOM juga mempunyai kuasa memeriksa kelayakan
pesertapeserta yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat
peserta yang tidak layak dan diragui menyertai kejohanan / pertandingan yang
dijalankan maka tindakan berikut akan diambil: