Page 5 - BUKU PERATURAN
P. 5
10. PAKAIAN
10.1 Setiap pemain / pasukan hendaklah memakai pakaian yang
dibenarkan dalam undang-undang permainan berkenaan.
10.2 Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warnanya,
pasukan yang namanya mula-mula tercatat dalam
jadual pertandingan mestilah menukar pakaian yang lain warnanya.
10.3 Setiap peserta yang beragama Islam digalakkan memakai pakaian
menutup aurat semasa pertandingan dijalankan.
11. PERALATAN DAN TEMPAT PERTANDINGAN
11.1. Semua jenis peralatan sukan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa
Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian MASKOM dan hendaklah
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
11.2. Semua tempat pertandingan (padang / gelanggang) dan peralatan
sukan hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan mendapat
persetujuan Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan dan Kepegawaian
MASKOM.
12. SISTEM PERTANDINGAN
12.1. Sistem pertandingan yang dijalankan adalah seperti berikut:
Bil. Permainan Sistem Pertandingan
1 Bolasepak* Liga Antara Kumpulan
2 Sepak Liga Antara Kumpulan / Berpasukan
takraw*
3 Badminton* Individu, Berpasukan, Liga Antara Kumpulan / Kalah
Mati
4 Tenpin Individu atau Berpasukan
Bowling*
5 Bola Jaring* Liga Antara Kumpulan
6 Bola Tampar* Liga Antara Kumpulan
7 Ping-Pong* Liga Antara Kumpulan / Berpasukan
8 Futsal* Liga Antara Kumpulan