Page 17 - BUKU PERATURAN
P. 17

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA

                                     KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI (KSKK)


               1        UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

                        1.1.    Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, kejohanan ini
                                akan dijalankan mengikut undang-undang KESATUAN OLAHRAGA
                                MALAYSIA (KOM).

                        1.2.    Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka
                                Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

                        1.3.    Kejadian di luar dugaan dan dinyatakan dalam peraturan berkenaan
                                akan diputuskan seperti berikut:

                                1.3.1.  Sebarang  kejadian  akan  diputuskan  berasaskan  kepada
                                         Peraturan Tetap dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej
                                         Komuniti.
                                1.3.2.  Sebarang  persoalan  teknikal  akan  diputuskan  berasaskan
                                         kepada  Undang-Undang  Kesatuan  Olahraga  Malaysia
                                         (KOM).


               2        PERATURAN PERTANDINGAN


                        2.1     Mengikut undang-undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej
                                Komuniti        yang  sedang  berkuatkuasa.  Rujuk  Peraturan  Am
                                Kejohanan Sukan Kolej Komuniti.

                        2.2     Setiap  kontinjen  olahraga    akan  diwakili  oleh  atlet  dan  pegawai
                                dengan  bilangan  seperti  yang  telah  ditetapkan  dalam  mesyuarat
                                jawatankuasa induk

                        2.3     Penyertaan hanyalah kepada semua Kolej Komuniti mengikut negeri
                                yang ditetapkan.

                                     2.3.1   Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hendaklah
                                              menghantar  borang  pengesahan  penyertaan  kepada
                                              Jawatankuasa  Pengelola  melalui  wakil  negeri  masing-
                                              masing.

                                     2.3.2   Peserta-peserta dikehendaki membawa Kad Pengenalan
                                              asal  atau  kad  matrik  atau  yang  setaraf  dengannya
                                              sebagai Pengesahan Rasmi penyertaan jika diminta.


               3        TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22