Page 11 - EBOOK PERATURAN KSKK2019 OFFICIAL
P. 11
22.4. Sekiranya Piala Pusingan didapati rosak atau hilang semasa dalam
simpanan pasukan yang menang, pasukan berkenaan membaiki atau
mengantikannya semula.
23. SISTEM PERTANDINGAN
Merujuk kepada peraturan pertandingan setiap permainan.
24. FORMAT PENENTUAN KUMPULAN
Merujuk kepada peraturan pertandingan setiap permainan.
24.1. Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan
susunan jadual pertandingan akan disediakan oleh JTPK MASKOM
berdasarkan kepada format yang ditetapkan.
25. KELEWATAN
25.1. Setiap pasukan / negeri hendaklah berada di gelanggang 30 (TIGA
PULUH) minit sebelum perlawanan dimulakan.
25.2. Semua perlawanan akan dijalankan HENDAKLAH mengikut masa yang
ditetapkan.
25.3. Pasukan / negeri yang lewat 15 (LIMA BELAS) minit dari masa yang
telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap
memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya.
26. KAWALAN PERUBATAN
26.1. Semua peserta / pegawai dalam semua jenis sukan boleh diarahkan
menjalani pemeriksaan perubatan oleh Jawantankuasa Pengelola