Page 16 - EBOOK PERATURAN KSKK2019 OFFICIAL
P. 16

b.    Memastikan kejohanan dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip-

                                   prinsip asas dan perkara yang tercatat di dalam semua peraturan
                                   MASKOM.



                     3.2.     Kuasa-kuasa Jawatankuasa Eksekutif:


                             a.    Pengerusi  Jawatankuasa  Eksekutif  berkuasa  memanggil  sesuatu
                                   mesyuarat  apabila  difikirkan  perlu.  Separuh  daripada  ahli

                                   Jawatankuasa Eksekutif yang menghadiri mesyuarat adalah dikira

                                   sebagai majoriti.


                             b.    Di  dalam  sesuatu  mesyuarat  Jawatankuasa  Eksekutif,  Pengerusi
                                   boleh  menjemput  wakil  daripada  mana-mana  kontijen  berkaitan

                                   untuk menghadiri mesyuarat jika dengan kehadiran mereka dapat

                                   membantu       jawatankuasa.      Bagaimanapun,       jika   keadaaan
                                   memerlukan  dan  mesyuarat  jawatankuasa  tidak  dapat  diadakan,

                                   maka Pengerusi boleh bertindak membuat sesuatu keputusan.


                             c.    Jawatankuasa Eksekutif boleh menggantung kontijen / pasukan /

                                   pegawai  /  jurulatih  /  atlet  yang  melanggar  peraturan  daripada
                                   mengambil bahagian di kejohanan yang berikutnya.


                             d.    Jawatankuasa Eksekutif boleh pada bila-bila masa menjemput atau

                                   menerima      permohonan       mana-mana       acara    sukan     yang

                                   dipertandingkan dalam kejohanan.


                             e.    Jawatankuasa Eksekutif boleh mengarah atau menarik balik semua

                                   keputusan  yang  dibuat  oleh  jawatakuasa-jawatankuasa  yang  lain
                                   sekiranya difikirkan perlu.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21