Page 12 - EBOOK PERATURAN KSKK2019 OFFICIAL
P. 12
Kejohanan. Pemeriksaan akan dibuat oleh Pegawai Perubatan bertauliah
di tempat yang ditetapkan oleh Jawantankuasa Pengelola Kejohanan.
26.2. Ujian doping dijalankan secara rambang ke atas atlet semasa kejohanan
dari semasa ke semasa mengikut keperluan penganjur.
26.3. Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan / negeri mengambil
bahagiaan dalam acara individu didapati gagal ujian doping, pasukan /
penyertaan peserta tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya
individu / pasukan / negeri yang dibatalkan turut memenangi pingat,
kemenangan tersebut akan terbatal dan pingatpingat yang dimenangi
akan ditarik balik. Pingat-pingat dan mata akan dianugerahkan kepada
peserta-peserta terbaik berikutnya.
27. KEWANITAAN
Semua peserta wanita jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan, hendaklah mengesahkan kewanitaan mereka oleh Panel
Perubatan yang dilantik oleh Jawantankuasa Pengelola Kejohanan.
28. TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERLAWANAN
28.1. Pertandingan akan berlangsung mengikut tempoh seperti yang
ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
28.2. Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa
dan tempat akan ditetapkan oleh JKTPK MASKOM.