Page 13 - Bahaya Fitnah
P. 13
PAGE 11
K E S A N - K E S A N B E R L A K U
F I T N A H D I M E D I A S O S I A L
INDIVIDU
Orang yang melakukan fitnah biasanya hanya mementingkan kepuasan diri sendiri tanpa
memikirkan keburukan yang akan memberi kesan kepada orang lain pada hari mendatang.
Nama baik dan air muka seseorang individu boleh tercemar atau tercalar apabila wujudnya
fitnah yang dilemparkan terhadapnya dan boleh membawa kepada keaiban. Hal ini akan
menyebabkan wujudnya rasa kebencian dan permusuhan oleh orang lain terhadap mangsa
fitnah tersebut. Oleh itu, individu tersebut bukan sahaja akan berdepan dengan cercaan dan
pandangan serong malah reputasi dan kredibilitinya juga akan dipertikaikan.
Selain itu, fitnah secara tidak lansung boleh menyebabkan seseorang mangsa mengalami
tekanan emosi dan masalah psikologi apabila timbul stigma, pandangan negatif dan prejudis
terhadapnya. Tanpa iman dan semangat yang kuat dan kental, seseorang itu pasti akan
dicengkam dengan rasa sedih dan murung yang melampau sehingga melarikan atau
menyepikan diri dari masyarakat. Jika keadaan lebih teruk, mangsa mungkin mengalami
agoraphobia, iaitu sejenis masalah apabila penghidapnya mengalami rasa takut yang
melampau untuk berada di tempat awam atau terbuka.
Di samping itu, fitnah juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa dan pekerjaan atau
sumber rezeki individu berkenaan akibat hilang kepercayaang orang sekeliling yang terlalu
percaya akan fitnah yang tersebar itu.
KELUARGA
Perbuatan fitnah juga akan menyebabkan sesebuah keluarga sukar untuk saling
memahami antara satu sama lain kerana berlakunya salah faham. Hubungan
kekeluargaan juga akan sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram dan sentiasa
berbolak-balik. Ini secara tidak lansung akan menyebabkan timbulnya perasaan
dendam dalam diri mereka dan mendorong kepada pergaduhan atau
pertelelagahan.
Kesan terhadap individu juga akan memberi impak yang sangat besar terhadap hubungan
kekeluargaan seperti tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan
penceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang tersebar. Ini juga akan memudaratkan
keluarga itu sendiri kerana berlakunya kekasaran dan pukul-memukul antara suami isteri
sehingga memberikan tekanan kepada anak-anak khususnya yang masih kecil.