Page 12 - Bahaya Fitnah
P. 12
PAGE 10
Fitnah
L A N G K A H - L A N G K A H
D A L A M M E N A N G A N I
Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan diri, keluarga dan
masyarakat terhindar daripada fitnah, adalah seperti berikut:
1.Mendalami ilmu agama secara berterusan seterusnya mempraktikkan
segala ilmu yang dipelajari.
2.Sentiasa mengingatkan diri bahawa segala perbuatan kita akan dicatat dan
dihisab oleh Allah SWT.
3.Memotivasikan diri bahawa fitnah adalah suatu pendustaan dan pendusta
balasannya adalah neraka Allah SWT, maka menolaknya adalah wajib.
4.Mendekati para alim ulama’ dan orang-orang soleh serta menjauhi orang-
orang yang suka menyebarkan fitnah.
5.Melakukan tabayyun dan bertanya setiap isu yang berbangkit kepada
ahlinya.
6.Memastikan kesahihan setiap maklumat yang diperolehi sebelum
disebarkan.
7.Sentiasa mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri
supaya timbul keinsafan untuk memelihara keaiban orang lain tanpa mengira
kawan atau lawan