Page 7 - Bahaya Fitnah
P. 7

P A G E   0 5






           CIRI - CIRI


           FITNAH DALAM


           KONTEKS











                   Pada hari ini, fitnah berleluasa dengan       Dalam situasi ini, kedua-duanya iaitu
                   cara yang lebih mudah berbanding pada         Kasim dan Abu telah menjadi pelaku
                   masa lampau. Hal ini kerana,                  dan penyebar fitnah terhadap Harun.
                   perkembangan teknologi yang semakin           Tidak dapat dinafikan bahawa dalam
                   rancak menjadikan amalan fitnah ini           era masa kini, dengan kemudahan
                   semakin mudah tersebar. Fitnah berlaku        serba canggih, sebarang bentuk
                   dalam dua keadaan:
                   Pertama, apabila seseorang mengada-           maklumat amat mudah sekali
                   adakan suatu berita mengenai                  disebarluaskan terutamanya
                   seseorang lalu menyebarkannya kepada          menerusi whatsapp dan internet.
                   orang lain dengan tujuan untuk                Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah
                   memburuk-burukkan atau menjatuhkan            konvensional dilihat masih lagi
                   maruah orang tersebut.                        menjadi penyumbang tersebarnya
                   Kedua, apabila seseorang menerima             berita fitnah seperti menerusi
                   berita mengenai seseorang tanpa               laporan akhbar dan televisyen yang
                   menyelidiki kesahihannya lalu                 tidak tepat, ceramah-ceramah yang
                   menyebarkannya kepada orang lain              semberono, sembang-sembang santai
                   sama ada dengan niat untuk memburuk-          di warung atau kedai kopi, perbualan
                   burukkan atau tidak.                          sesama rakan sepejabat dan
                                                                 sebagainya. Kesemua medium ini
                   Dalam kedua-dua situasi inilah fitnah         dilihat masih lagi menjadi pilihan
                   berlaku dan ia dilihat berleluasa sekali      bagi mereka yang berkenaan
                   dalam masyarakat kita pada hari ini.          melakukan fitnah disebabkan ianya
                   Sebagai contoh, Kasim mereka cerita           mudah membentuk persepsi tanpa
                   kononnya Harun telah berzina dengan
                   teman wanitanya, lalu cerita itu              akan dinilai atau dipersoal
                   disebarkan ke dalam laman blognya             kesahihannya oleh sesiapa.
                   dengan tujuan untuk menjatuhkan
                   maruah Harun.

                   Lalu apabila berita itu dibaca oleh Abu,
                   tanpa sebarang usul periksa tentang
                   kesahihannya, Abu menyebarkannya di
                   dalam facebook tanpa apa-apa niat
                   tetapi sekadar menukil dan
                   menyampaikan berita.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12