Page 9 - Bahaya Fitnah
P. 9
PAGE 07
Bagi kategori penyebar fitnah pula, faktor utama daripada
perbuatan mereka ini adalah cuai dalam menukilkan berita atau
cerita yang didengar tanpa meneliti kesahihannya terlebih dahulu.
Orang yang melakukan perbuatan seperti ini dianggap oleh
Rasulullah SAW sebagai pembohong. Dalam satu hadith yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:
ِ س َ ﻢِﻋ م َ ﺐِﻜﻟ ا ﻲُﺣَﺪِﺛ ِ ﺄﻧ َ ﺈِﺜ ْ ﻣ ْ بِ لﺎ ْ ﻣَرْء ا ﻚﻔَﯨ Maksudnya: “Cukuplah
ُ َ
ً
َ
َ
seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa
sahaja yang didengarinya”. [Riwayat Muslim (4482)]
Malah perbuatan menyebarkan berita tanpa usul periksa ini pernah
ditempelak oleh Allah SWT di dalam kisah fitnah terhadap Sayyidah
Aishah R.Anha, firman Allah SWT dalam surah al-Nur: َ ُو ِ ذ لا ِ ا ﻦﻳ ﺈِﻧ
َ
َ
ْ
ۚ ِ ﺦَﻳْر ْ هُو ﺐﻟ َ ك ل ۖ ْ شَر ُم ﺖَﺤ ْ ﺴَﺑُ هو ا ل ُ مِ ﻚﻧ ُم ۚ َ ﻊ ُ ﺼْﺑة ْ بِ ﻹا ْ ِ ﻒﻛ جَ ءا
ْ تَوَ ى ل ُ و َ ذ لا ﻹا ۚ ي ْ ِ ﺚ ْ ﻣ ﻢِﻧ ِ كا ْ ﺖ َ ﺴَﺑ َ م َ ﻢِﻧ ْ ا ه ما ْﺮِﺋ ُم ﻞِﻜﻟ ك ل ُم
ُ
ِ
ْ ﻞ ْ ﻣﺆ ْ ﻤِﻧُ نو ُ ظَ ا ن َ ﺲ َ ﻤِﻌْﺘ ُ ﻣُ هو إِذ ُ و ل ْ ل ْ ﻊ َ ﻇِ ﻢﻳ ﴿١١﴾ َ عﺬَﺑا ﻞَﻫ ﻢِﻨ ْ ﻬ ُ ﻣ ُ ﻚﺑْﺮَﻫ
َ
ُ
ِ
م بِ ﻦﻳ ﺈِﻔﻛ هذ ـ ﻮﻗَ لاُو ا ﺦَﻳْ ا ر بِﺄﻔﻧ ُ ﺲﻬِﻣ ا وَ لﺎ ْ ﻣﺆ ْ ﻤِﻧَ تا Maksudnya:
َ
َ
َ
ً
ْ
َ
ُ
ﱡ
ِ
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu
adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa
berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi
kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa
yang dikerjakannya, dan siapa di antara mereka yang mengambil
bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya
azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita
bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka
baik terhadap diri
mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu
berita bohong yang nyata.” [Surah al-Nur : 11-12]