Page 13 - SMK DATOK LOKMAN 2020
P. 13

5.5 Cuti Khas – Isteri bersalin


               5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
               awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
               dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

               5.6 Cuti Tanpa Rekod


               5.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti
               latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,
               latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil
               bahagian sukan, tugas khas perubatan.

               5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat


               5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari
               sebagai cuti tanpa rekod. Ahli yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa
               kandung serta ibu dan bapa mertua. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.
               Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.




               6. PAKAIAN

               6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan

               masyarakat timur.


               6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak

               dibenarkan bagi guru perempuan.

               6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.


               6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki
               memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.

               6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian uniform pada setiap hari Rabu, pakaian batik pada
               setiap hari khamis dan Baju Melayu pada setiap hari Jumaat.


               6.6 Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

               6.6.1 Guru perempuan seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan,
               baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.



                                                              x
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18