Page 17 - SMK DATOK LOKMAN 2020
P. 17

16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan
               guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:


               16.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal
               sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail pejabat.

               16.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang
               dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah
               disediakan surat iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar
               borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat iringan dari sekolah

               walaupun dihantar dengan serah tangan. Satu salinan disimpan dalam fail sekolah di pejabat
               untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.




               17. URUSAN DENGAN JPN

               Guru dan staf AKP tidak digalakkan terus pergi Jabatan Pendidikan Negeri untuk urusan
               peribadi atau perkhidmatan kecuali diarah berbuat demikian/dengan arahan Pengetua.




               18. PELAWAT / JURUJUAL

               Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan terlebih
               dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali
               dengan kebenaran Pengetua/wakilnya.




               19. PEMBELIAN BARANG

               19.1 Setiap pembelian barang dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan nota
               minta.


               19.2 Nota Minta tersebut hendaklah diluluskan oleh Pengetua.

               19.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan


               Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO)








                                                             xiv
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22