Page 18 - SMK DATOK LOKMAN 2020
P. 18

19.4 Segala inbois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod no. daftar stok
               dan serah dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta

               merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.



               20. KEGIATAN KOKURIKULUM


               20.1 Semua guru ialahPenasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan
               mengikut jadual yang ditetapkan.



               20.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran
               kokurikulum yang disediakan di pejabat.




               21. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH


               21.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang
               ditetapkan.

               21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.

               21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, lagu sekolah dan lain-lain.




               22. MESYUARAT GURU


               22.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan

               guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.

               22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong


               Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.

               22.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T,

               seluar trek, selipar tidak dibenarkan.







                                                             xv
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23