Page 235 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 235

MANUAL  PENGURUSAN  2020





                DASAR-DASAR PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

                Dasar  mengenai  pendidikan  khas  di  Malaysia  dinyatakan  dalam Akta Pelajaran 1961.  Dalam
                bahagian   1   (tafsiran)   Akta   ini   dinyatakan   bahawa   sekolah  Pendidikan  Khas  menyediakan
                layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di
                Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk
                pelajar        kurang         upaya         penglihatan         dan         pendengaran.


                Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui
                Perakuan  169.  Perakuan  ini  menyebut;  Dengan  adanya  kesedaran  bahawa  kerajaan seharusnya
                bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah
                mengambil  alih  sepenuhnya  tanggungjawab  pendidikan  itu  dari  pihak-pihak  persatuan  yang
                mengendalikannya  pada  masa  ini.  Di  samping  itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam
                memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

                Mesyuarat Jawatankuasa  Perancangan  Pendidikan telah  bersidang  pada  30  Jun 1981 dan
                memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan
                bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang
                terlibat adalah:

                        1.     Kementerian Pendidikan – bertanggungjawab memberikan pendidikan khas untuk
                        kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah
                        pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.

                        2.     Kementerian Kesihatan – bertanggungjawab mengenal pasti di peringkat awal dan
                        menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.

                        3.     Jabatan  Kebajikan  Masyarakat  (kini  Kementerian  Pembangunan  Wanita,
                        Keluarga dan Masyarakat) bertanggungjawab mewujudkan pendidikan kanak-kanak yang
                        kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.

                Akta  Pendidikan  1981 pula  meletakkan  kepentingan  peranan  ibu  bapa  dalam  perlaksanaan
                pendidikan  khas.  Manakala Akta  kanak-kanak  1989  (Children’s  Act,  1989) memperkukuhkan
                perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

                        1.     Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang
                        sebelum ini ilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu
                        diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut
                        kepakaran dan keperluan.  Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke
                        atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi  bahasa membuat penilaian terhadap
                        keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.  Apa yang jelas akta ini

                                                               225
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240