Page 237 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 237
MANUAL PENGURUSAN 2020
khidmat sokongan daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan Pengajaran Individu
telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia.
Mengikut Akta Pendidikan 1996
Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan
sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah
pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada
masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan
formal yang merangkumi:
• Kanak-kanak Down Syndrom
• Kanak-kanak Autistik Ringan
• Kanak-kanak kurang keupayaan mental
• Kanak-kanak bermasalah emosi
• Kanak-kanak bermasalah kesihatan
• Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan
Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685)
Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah
diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta OKU ini memberikan
pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-
based. Akta ini juga membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh
dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini juga memperuntukan perihal
berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.
227