Page 236 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 236
MANUAL PENGURUSAN 2020
memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
2. Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas
diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar
bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta
(Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira
cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di
Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar
semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas
di Britain.
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang
menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak
sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka
kelas jika ada permintaan daripada masyarakat.
Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan
kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak
berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. (41.1). Tertakluk
kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:
1. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang
menerima pendidikan khas;
2. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
3. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
4. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang
ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah
yang difikirkan oleh menteri suai manfaat.
Di Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan
1996 diwartakan. Berteraskan kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap
pendidikan khas, peranan undang-undang dan polisi pemerintah berjaya menggerakkan program
pendidikan khas di negara ini. Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan percuma, kelas inklusif,
226