Page 5 - KEJOHANAN CATUR RENDAH & MENENGAH 2020 MSSD HULU LANGAT
P. 5

1.0  PENDAHULUAN


                       Catur dikenali sebagai permainan minda yang dimainkan oleh dua orang. Catur

                       merupakan  sejenis  permainan  berdaya  saing.    Sebelum  bertanding,  pecatur
                       memilih biji catur yang akan ia mainkan. Terdapat dua warna yang membezakan

                       buah  catur,  iaitu  hitam  dan  putih.  Pemegang  buah  putih  akan  memulakan

                       langkah  pertama,  dan  diikuti  oleh  pemegang  buah  hitam  secara  bergantian
                       sampai permainan selesai.


                                  Permainan catur banyak mendedahkan murid dengan kaedah berfikir

                       secara kritis dan kreatif di samping belajar fokus terhadap sesuatu. Selain itu,

                       permainan catur dilihat sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan
                       minda.  Peningkatan  tahap  pembelajaran  positif,  kerana  permainan  catur

                       membuatkan seseorang itu menggunakan otak kiri dan kanan dengan konsisten.


                                  Melihat kepada kesan positif dengan bermain permainan catur dengan

                       pembelajaran,  Majlis  Sukan  Sekolah_sekolah  Malaysia  (MSSM)  telah
                       menganjurkan Kejohanan Catur. Kejohanan ini dilaksanakan di peringkat daerah,

                       negeri  dan  seterusnya ke  peringkat  kebangsaan.  Kejohanan  ini  bukan  sahaja
                       dapat meningkatkan tahap pemikiran yang positif, ia juga merupakan salah satu

                       usaha bagi mencungkil bakat pelajar dari sisi kokurikulum. Ini sejajar dengan

                       Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melihat perkembangan pelajar secara
                       holistik.



                                  Kejohanan  catur  Majlis  Sukan  Sekolah-Sekolah  Malaysia  (MSSM)
                       dijalankan  dengan  mengguna  pakai  Undang-undang  Persekutuan  Catur

                       Antarabangsa  (Federation  Internationale  Des  Echecs  –  FIDE),  Peraturan-
                       Peraturan  Am  Majlis  Sukan  Sekolah-sekolah  Malaysia  (MSSM)  yang  sedang

                       berkuatkuasa dan juga tertakluk di bawah perubahan peraturan kejohanan. Ini
                       bagi mendedahkan pelajar kepada suasana sebenar kejohanan setara dengan

                       peringkat antarabangsa.



                                           DOKUMENTASI KEJOHANAN CATUR 2020 / MUKA SURAT 1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10