Page 7 - KEJOHANAN CATUR RENDAH & MENENGAH 2020 MSSD HULU LANGAT
P. 7
bagi melakukan susun atur perabot dan juga peralatan untuk
kejohanan yang bakal berlangsung.
Terima kasih kepada pihak SK Beranang yang banyak
membantu pihak tuan rumah dalam menyediakan perabot untuk
kejohanan kali ini.
3.2 Semasa Kejohanan
Tarikh: 4 Februari 2020 (Selasa)
Hari pertama menyaksikan Kejohanan Catur Menengah & Rendah
2020 bagi pelajar bawah 18 tahun. Pertandingan hari ini, melibatkan
34 buah sekolah dengan 122 orang peserta lelaki dan 107 orang
peserta perempuan. Ini menjadikan keseluruhan peserta seramai 229
orang. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Hasanuddin
bin Mohd Yunus selaku Ahli Parlimen Hulu Langat.
Kejohanan pada hari pertama, diakhiri dengan majlis
penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pn Azlinda binti Abu,
Guru Besar SK Taman Jasmin selaku tuan rumah kejohanan. Para
pemenang menerima sekeping sijil penyertaan, sijil pencapaian dan
juga sebuah piala sebagai tanda kecemerlangan mereka dalam acara
yang disertai.
Johan bagi kategori berpasukan lelaki Kejohanan Catur
Menengah dan Rendah bawah 18 tahun telah disandang oleh Kolej
Genius Pintar manakala naib johan telah dikongsi bersama oleh
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit dan SMK Taman
Seraya.
DOKUMENTASI KEJOHANAN CATUR 2020 / MUKA SURAT 3