Page 10 - KEJOHANAN CATUR RENDAH & MENENGAH 2020 MSSD HULU LANGAT
P. 10
sama. Penyampaian hadiah bagi kategori ini telah disempurnakan oleh
Puan Juhranar binti Yang dari SK Saujana Impian 2 (SENADA).
Wakil dari SK Jalan Empat iaitu A’qil A’laudin bin Abd Aziz dan
Afiq Syukri bin Mohaiyuddi memonopoli johan dan naib johan untuk
kategori individu lelaki manakala, tempat ketiga disandang oleh Yong
Li Ning dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Connaught 2.
Bagi kategori individu perempuan, Maira Raihanna binti
Moreeza dari SK Jalan 3 telah menjadi johan bagi acara individu
kategori perempuan. Naib johan disandang oleh Nur Damia Insyirah
dari SRAI Bandar Baru Bangi, manakala, tempat ketiga pula jatuh
kepada Awathif Umairah dari Sri Al-Amin Bangi. Hadiah kepada para
pemenang telah disampaikan oleh Puan Azlinda binti Abu dari SK
Taman Jasmin.
3.3 Selepas Kejohanan
Kejohanan yang berakhir pada 6 Februari 2020 masih belum
bernokhtah. 20 orang pelajar yang berjaya menjadi johan hingga
tempat kesepuluh bagi acara individu lelaki dan perempuan telah
dipilih untuk ke pertandingan playoff yang diadakan di SK Taman
Jasmin. Playoff ini diadakan pada 10 Februari hingga 13 Februari 2020.
Playoff ini bertujuan untuk memilih 24 peserta yang terbaik untuk ke
peringkat negeri yang diadakan di Sabak Bernam.
DOKUMENTASI KEJOHANAN CATUR 2020 / MUKA SURAT 6