Page 13 - KEJOHANAN CATUR RENDAH & MENENGAH 2020 MSSD HULU LANGAT
P. 13
Bagi acara individu perempuan pula, johan disandang oleh
Esther Tang En Xin dari Petaling Utama. Naib johan, Sophia Yek Yu
han dari Petaling Perdana dan Yasmin Irdina binti Zulkippli dari Sepang
di tempat ketiga. Peserta dari Hulu Langat masing-masing berada di
tempat keenam, ke-26, ke-36 dan tempat ke-39.
Acara bawah 15 tahun kategori lelaki, Mukhriez Shah dari
Sepang telah dinobatkan sebagai johan. Naib johan, Liew Kang Zhen
dari Petaling Perdana dan Muhammad Luqman Alif dari Gombak di
tempat ketiga. Peserta dari Hulu Langat berada di tangga keenam,
kelapan, ke-16 dan ke-19.
Manakala, bagi acara individu kategori perempuan bawah 15
tahun, johan disandang oleh Nur Uzma Bazilah dari Kuala Langat.
Manakala, naib johan dan tempat ketiga disandang oleh peserta dari
Klang iaitu Hannah Farisah dan Swetha. Bagi kategori ini, peserta dari
Hulu Langat berada di tempat keempat, keenam, ke-23 dan ke-30.
Johan Negeri Selangor bagi acara individu (lelaki) bawah 12
tahun, disandang oleh Ernest Yek Zu Yang dari Petaling Perdana. Naib
johan, Le Hao Ming juga dari Petaling Perdana manakala, tempat
ketiga Khalifah Arif dari Gombak. Dalam acara ini, peserta dari Hulu
Langat berada ditangga ke-14, ke-20, ke-24 dan ke-33.
Bagi kategori perempuan bawah 12 tahun, johan dan naib
masing-masing disandang oleh Afiqah Zahra Salihin dari Klang.
Manakala, tempat ketiga disandang oleh Azraa Adeline Azman dari
Kuala Selangor. Peserta dari Hulu Langat berada di tangga ke-11, ke-
29, ke-34 dan ke-35.
DOKUMENTASI KEJOHANAN CATUR 2020 / MUKA SURAT 9