Page 15 - KEJOHANAN CATUR RENDAH & MENENGAH 2020 MSSD HULU LANGAT
P. 15
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
Kejohanan catur ini dilihat bukan sahaja sebagai satu alat untuk bersukan. Ia
juga dilihat sebagai satu kaedah dalam membentuk dan mendidik pemikiran
seseorang ke arah yang lebih kritis dan kreatif. Oleh yang demikian,
kejohanan catur seperti ini perlu diteruskan agar pelajar-pelajar minat dan
celik kepada catur. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, beberapa
cadangan penambahbaikan boleh dilakukan bagi melancarkan lagi kejohanan
ini pada masa akan datang.
6.1 Pelaksanaan Saringan
Bagi mengatasi lambakan peserta maka dicadangkan saringan perlu
diadakan terlebih dahulu sebelum ke peringkat daerah. Cara ini dapat
membantu kita mengenal pasti sekolah atau pelajar-pelajar yang layak
untuk ke peringkat seterusnya. Dengan adanya saringan juga, kita
dapat mengecilkan bilangan peserta ke peringkat yang lebih tinggi dan
ini sekaligus dapat memendekkan masa kejohanan.
6.2 Pemilihan Tuan Rumah
Adalah dicadangkan agar tuan rumah yang dipilih pada kejohanan
akan datang perlulah mempunyai kemudahan seperti dewan besar
untuk kejohanan. Kejohanan catur memerlukan pelajar untuk berada
di dalam dewan tertutup, ini bagi mengelakkan gangguan-gangguan
daripada luar dewan. Pelajar perlu tenang dalam mengatur
pergerakkan dalam permainan ini.
6.3 Kemudahan Parkir Kenderaan
Di samping itu, kemudahan meletak kenderaan juga penting. Tempat
meletak kenderaan yang luas akan menyebabkan pengguna lebih
berasa selamat. Justeru, sekolah yang mempunyai ciri-ciri seperti ini
DOKUMENTASI KEJOHANAN CATUR 2020 / MUKA SURAT 11