Page 14 - KEJOHANAN CATUR RENDAH & MENENGAH 2020 MSSD HULU LANGAT
P. 14

5.0    ISU PROGRAM (KEJOHANAN CATUR MENENGAH & RENDAH 2020)


                            Setiap  program  yang  dijalankan  pastinya  tidak  terlepas  daripada  pelbagai

                           masalah.  Masalah-masalah  yang  dihadapi  ini  biasanya  berlaku  sebelum,
                           semasa  dan  juga  selepas  program  berlangsung.  Begitu  juga  dengan

                           penganjuran kejohanan catur ini.


                                  Antara masalah yang dihadapi termasuklah jumlah penyertaan yang

                           terlalu ramai penyertaan untuk kategori bawah 12 tahun. Limpahan peserta
                           ini menyebabkan masa yang diambil terlalu lama terutamanya semasa proses

                           pendaftaran  dan  permainan.  Permainan  tidak  dapat  dijalankan  secara

                           serentak seperti mana yang dijalankan bagi acara bawah 15 dan 18 tahun.


                                  Di  samping  itu,  para  peserta  yang  terlalu  ramai  menyebabkan

                           kebersihan  kawasan  persekitaran  menjadi  agak  kotor  dengan  bungkusan-
                           bungkusan sampah makanan. Bukan sahaja di luar kawasan pertandingan,

                           malahan  terdapat  juga  botol  air  mineral  dan  kulit  gula-gula  di  atas  meja
                           pertandingan.  Walau  pun  peringatan  telah  diberikan  kepada  semua  guru

                           pengiring dan juga para peserta namun, perkara ini masih berlaku.
































                                          DOKUMENTASI KEJOHANAN CATUR 2020 / MUKA SURAT 10
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19