Page 224 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 224

Rajah 7: Standard Prestasi dalam DSKP KSSM Geografi Tingkatan 1



                       Guru  hendaklah  menentukan  Tahap  Penguasaan  murid  dengan  merujuk  kepada
                       Standard  Prestasi  yang  disediakan.  Guru  juga  digalakkan  untuk  merekod
                       perkembangan murid sama ada di dalam buku rekod mengajar, buku latihan murid,
                       buku catatan guru, buku amali murid, folio hasil kerja murid, senarai semak, jadual
                       atau  lain-lain  yang  bersesuaian.  Perekodan  Tahap  Penguasaan  dalam  templat
                       pelaporan  hanya  dibuat  setelah  PdP  bagi  setiap  bidang,  tema,  kemahiran  atau
                       kelompok  Standard  Kandungan  dan  Standard  Pembelajaran  selesai  dilaksanakan.
                       Pelaporan  Tahap  Penguasaan  dimaklumkan  kepada  murid  dan  ibu  bapa  sebagai
                       maklum balas terhadap tahap pembelajaran murid untuk tindakan selanjutnya.



                       3.4    Tahap Penguasaan Keseluruhan

                       Pada akhir sesi persekolahan, guru perlu menentukan Tahap Penguasaan Keseluruhan
                       bagi sesuatu mata pelajaran. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini merangkumi aspek
                       pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai.  Untuk  itu,  guru  perlu  mentaksir  murid  secara
                       menyeluruh dan holistik dengan melihat pelbagai aspek semasa proses pembelajaran
                       murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian mereka dalam
                       ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respons murid secara lisan, kerja
                       projek,  produk  dan  sebagainya.  Guru  hendaklah  menentukan  Tahap  Penguasaan
                       Keseluruhan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, tanggungjawab profesional dan





                                                           16
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229