Page 220 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 220
BAB 3 TAHAP PENGUASAAN DAN STANDARD PRESTASI
3.1 Pengenalan
Pelaksanaan PBD dalam KSSR dan KSSM melibatkan penentuan Tahap Penguasaan
bagi setiap murid dengan merujuk kepada Standard Prestasi. Tahap Penguasaan
dinyatakan secara eksplisit di dalam DSKP setiap mata pelajaran.
3.2 Tahap Penguasaan
Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk pernyataan
pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat enam
Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki
dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran.
Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
ditetapkan dalam kurikulum. Taksonomi yang berkaitan kognitif, psikomotor dan
afektif digunakan sebagai asas membina tahap penguasaan dalam Standard Prestasi.
Guru perlu menyelesaikan PdP bagi satu kelompok bidang, tema atau kemahiran
dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebelum menentukan tahap
penguasaan murid. PdP guru berdasarkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran manakala Standard Prestasi merupakan indikator kepada tahap
penguasaan murid.
Jadual 1 menunjukkan enam Tahap Penguasaan yang dicadangkan dalam DSKP. Setiap
penyataan Tahap Penguasaan ditafsir secara generik dalam mata pelajaran sebagai
aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid. Tahap
penguasaan minimum bagi semua mata pelajaran ditetapkan pada Tahap Penguasaan
3. Pada tahap ini murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
sesuatu kemahiran atau tugasan pada sesuatu situasi. Setiap murid dibimbing dan
diberi peluang untuk mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3. Walau
bagaimanapun, tidak semua murid berupaya mencapai tahap ini pada kadar yang
sama kerana potensi individu adalah berbeza. Oleh itu, guru perlu mengambil
tindakan susulan dan sentiasa berusaha untuk membantu murid meningkatkan tahap
penguasaan masing-masing.
Di samping itu, guru perlu membuat perancangan untuk mengembangkan potensi
semua murid bagi mencapai Tahap Penguasaan 4 hingga Tahap Penguasaan 6. Murid
perlu diberi ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti dan meneroka pengalaman
bagi membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi. Murid yang
mencapai Tahap Penguasaan 4 hingga Tahap Penguasaan 6 boleh membantu murid
lain dalam meningkatkan pembelajaran mereka, dan boleh menjadi satu teladan yang
cemerlang.
12