Page 215 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 215

2.1.2  Pentaksiran Sebagai Pembelajaran


                              Pentaksiran  sebagai  pembelajaran  berlaku  apabila  murid  membuat  refleksi
                              dan menilai perkembangan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan
                              mereka memahami tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka
                              patut  lakukan  bagi  menguasai  sesuatu  objektif  pembelajaran.  Pentaksiran
                              sebagai pembelajaran terdiri daripada  pentaksiran kendiri dan pentaksiran
                              rakan sebaya. Maklumat dari pentaksiran ini memberi petunjuk kepada murid
                              tentang tahap penguasaan mereka dalam pembelajaran.

                              Contoh pentaksiran sebagai pembelajaran ialah murid membina peta konsep
                              tentang  apa  yang  telah  dipelajari  bagi  mempamerkan  pemahaman  dan

                              hubungannya  dengan  pengetahuan  semasa.  Ini  membolehkan  mereka
                              memahami  apa  yang  perlu  dicapai  dan  apa  yang  patut  dilakukan  bagi
                              mencapainya.  Pentaksiran  sebagai  pembelajaran  menggalakkan  pemikiran
                              metakognisi iaitu memberi peluang kepada murid belajar dan memikirkan cara
                              mereka belajar.

                              i.     Pentaksiran Kendiri

                              Pentaksiran  kendiri  berlaku  apabila  murid  menilai  kerja  mereka  sendiri
                              berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas bagi tujuan meningkatkan prestasi
                              masa  hadapan.  Pentaksiran  kendiri  merupakan  kaedah  pentaksiran  yang
                              berkesan  untuk  menilai  tahap  pembelajaran  akademik  murid  pada  akhir
                              tempoh pengajaran.

                              Kaedah pentaksiran ini menggalakkan murid untuk lebih melibatkan diri dan
                              bertanggungjawab dalam pembelajaran sendiri, di samping memupuk minat
                              mereka dalam pembelajaran. Kaedah pentaksiran ini dapat membantu murid
                              untuk  memikir  dan  menilai  prestasi,  tahap  penguasaan,  kemajuan,
                              pencapaian, kekuatan dan kekurangan diri sendiri secara refleksi.

                              Bentuk-bentuk pentaksiran kendiri ialah:
                                   Rancangan/ diari mingguan murid
                                   Soal selidik
                                   Portfolio
                                   Pemarkahan kerja sendiri dengan merujuk kepada kriteria tertentu
                                   Helaian pentaksiran kendiri yang membolehkan murid memberi ulasan
                                     tentang hasil kerja/ prestasi mereka sendiri
                                   Maklum balas secara lisan di dalam kelas
                                   Perbincangan secara berkumpulan atau individu
                                   Kenyataan peribadi untuk kad laporan atau rekod penguasaan
                                   Persediaan dan perancangan ke arah hasil kerja yang muktamad
                                   Analisis  kriteria  dan  keupayaan  pentaksiran  murid  untuk
                                     menghubungkaitkannya dengan tugas mereka sendiri


                                                            7
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220